in

“Jangan berjanji kalau tak mampu tepati!” – Dato’ Seri Vida Tipu Mangsa Simbah Asid?

Janji Dicapati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fuh nampaknya bertubi-tubi kecaman dan ujian yang diterima Dato’ Seri Vida sejak akhir-akhir ini. Kalau beberapa hari lepas pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad claim DSV berhutang dengannya dekat RM30,000… haa kali ini lain pulak ceritanya.


Menurut Harian Metro, jutawan kosmetik ini telah beri harapan palsu kepada seorang mangsa simbah asid yang mengalami kecacatan di wajah sejak dua tahun lepas. Uish ini apa kes? 

Vida
sumber: twitter

 

DSV janji nak tampung pembedahan plastik RM100,000 pada tahun 2016 tapi tahun 2018…. hanya harapan palsu?

Menerusi laporan Sinar Harian pada 13 Mac 2016, Dato’ Seri Vida yang merupakan pengasas Vida Beauty telah membuat pertemuan dengan mangsa simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizam untuk memulihkan wajah mangsa yang rosak teruk.

Beliau yang sangat bersimpati dengan nasib mangsa telah berjanji untuk membiaya kos pembedahan plastik yang bernilai RM100,000. 

Dskyrlxvyaarr7Y
sumber: twitter

Namun janji hanya tinggal janji, selepas dua tahun berlalu DSV langsung tidak memberi sebarang jawapan dan tindakan ke atas janji tersebut. Adoi…

“Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya. Selama dua tahun saya menunggu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada ahli perniagaan itu.

“Begitu juga dengan kerajaan negeri yang pernah berjanji untuk membantu,” kata Nurul Dahyatul, lapor Harian Metro.

 

“Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini” 

Disebabkan hal ini, Nurul Dahyatul sangat kecewa dengan janji yang ditabur ahli perniagaan tersebut dan kerajaan negeri sebelum ini yang nyatakan kesediaan untuk tampung kos plastic surgery tu.

“Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini.

“Saya sudah menjalani semua proses yang diminta termasuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak membuat susulan, sekali gus menyebabkan saya tertanya-tanya status rawatan seterusnya,” katanya.

Asid
sumber: harian metro

Tak cukup dengan tu, Nurul Dahyatul juga sudah lakukan pemeriksaan dengan seorang perunding pembedahan plastik di Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan itu menyatakan dia perlu lalui 4 peringkat rawatan membabitkan beberapa organ yang terjejas akibat kena simbahan asid.

 

Simpan hasrat untuk pulih, tak tahan alami masalah gatal pada muka

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau ada yang anggap isu ini kecil, mungkin korang tidak berada di tempat Nurul Dahyatul yang menghadapinya setiap hari. Dia sentiasa simpan hasrat untuk sembuh supaya keyakinan diri pulih dan dia juga sebenarnya tak tahan alami masalah gatal-gatal muka ketika berpeluh.

“Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling.

“Maklumlah wajah saya tidak sama seperti orang lain dan tentunya akan menjadi perhatian dan tidak semua orang yang mengetahui tragedi di sebalik wajah ini dan memahami perasaan saya,” katanya.

Linda 2
sumber: harian metro
Asid 2
sumber: blog

 

“Kalau satu Malaysia taja seorang seringgit dah boleh bantu adik ini”

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah adik ini bersimpati dengan nasib dialaminya dan mengecam sikap DSV yang lepas tangan dalam menunaikan janji. Pun begitu, ramai netizen kagum dengan ketabahan adik ini yang 8 tahun menanggung rasa malu dan rendah diri akibat wajahnya.

Meniou
sumber: facebook
Harap mereka yang berhati mulia bantulah adik ini untuk pulihkan wajahnya semula. Kalau betul kaya, RM100,000 tu tak ada apa-apa. Cukuplah saham untuk akhirat nanti. 

Baca: “Bisnes saya down” – Dato’ Seri Vida Berang & Terkilan Tajaan ‘Dibayar’ Dengan Kutukan

Macam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.