in

“Jangan bagitahu orang lain” – Mesej Ustaz ‘Umpan’ Murid Lelakinya Didedahkan Lepas Mangsa Tak Tahan Dicabul

Ustazzz

Allahu! Jijik, marah dan bimbang bercampur aduk bila baca perkongsian ini!

Seorang ustaz telah mencabul anak muridnya sejak tahun lepas lagi, mangsa mula mendedahkan lepas dah rasa tak tahan diganggu secara fizikal dengan kerap. Nheri betul baca kes-kes pedolifia ni.

 

“Nanti ustaz cium kamu selalu ya”

Dipercayai, pelajar tersebut merupakan pelajar lelaki kerana ustaz itu dikatakan ternampak murid tersebut memaki cap bukan kopiah.

Menurut perkongsian daripada Syed Azmi ini, modus operandi ustaz yang dikenali sebagai Mudir untuk ‘umpan’ pelajarnya ini sudah bermula sejak raya Aidilfitri tahun lepas lagi. Baca perbualan diaorang ni.

Mudir

Ia selama ini dirahsiakan sampailah pelajar tersebut tak tahan kerana kerap dicabul oleh ustaz tersebut. Dia mula mendedahkannya sekitar awal tahun ini.

Dalam konteks ayat yang dikongsikan, pelajar tersebut dilihat macam tak tahu apa-apa dengan mesej yang cuba disampaikan oleh ustaz tersebut.

Ustaz Mudir dikatakan seorang yang dihormati dan dia turutkan kata-kata Ustaz itu atas dasar hormat. Ini perbualan antara Syed Azmi dengan mangsa tersebut berdasarkan perbualan Whatsapp ini.

Tak pelik ke mudir hubungi awak jam 12 tengah malam?
Tak pelik sebab masih bermain dengan handphone.

Takde rasa apa ke bila mudir mintak gambar?
Takde sebab hantar gambar keluarga

Takut ke bila ustaz tanya mana kopiah?
Tak takut tapi segan sebab mudir seorang yang di hormati. Jadi rasa segan bila pakai cap. Lagipun saya dah minta maaf.

Kenapa ramai rakan share gambar ustaz?
Senyap….

Waktu Mudir tanya sayang tak kat dia tak rasa pelik ke?
Tak rasa apa sebab hormat guru dan cuma dalam perkataan tanda hormat. Takde rasa apa apa.

Jika diamati betul-betul Mudir ni betul-betul pastikan kedudukannaya dulu, dengan mengatakan dia kasyaf, authoritative dengan sikapnya nak “kena” kan pelajarnya pasal pakai cap dan bukan kopiah di waktu cuti,

Dia nak tunjukkan sikap bukan mudah nak dapat keampunan daripadanya, selain kasyaf, Syed Azmi menjelaskan yang Mudir mengatakan dia boleh buat macam-macam.

Setelah dia memastikan sesiapa yang berkuasa dalam perbualan ini, Dia mula menunjukkan tingkah laku seksual terbuka dengan soalan pasal sayang dan cium pipi dan mulut.

“Dalam proses, mudir check ada sesiapa yang baca mesej handphone. Lebih 2 kali dia tanya siapa tahu mereka berkomunikasi. Lepas tu dia tambah dengan kalau selalu cium boleh tak?”

Akhir sekali mudir suruh mangsa menyimpan rahsia.Dalam genggaman mudir ini, Mudir tahu mangsa sudah mula patuh sebab Mudir juga menyatakan dia dah mula merajuk dan buatkan mangsa panik.

Kes ini masih lagi dalam siasatan Syed Azmi, dia akan cuba bantu mangsa. Sementara itu ramai netizen yang bengang, marah dan rasa gerun bila baca mesej sebegini.

 

Baca : “Nak tahu siapa dia sebelum cita Nur” – Netizen ‘Excited’ Bila Pengarah Rancang Nak Buat Drama Khas Pasal Ustaz Hamadi

Ustazhamadi