in

Janda Dirogol Di Dalam Kereta Dua Kali Sebelum Dirompak di Kota Bharu, Kelantan

Rogo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Janganlah mudah percaya kepada seseorang yang baru anda kenali. Zaman sekarang semua takleh percaya tau!


Nasib malang menimpa seorang janda berusia 33 tahun selepas dia bersetuju untuk bertemu dengan seorang lelaki di Kota Bharu, Kelantan.

Tragedi ini bermula ketika lelaki itu menyatakan hasratnya untuk membawa wanita berkenaan bersiar-siar di Besut, Terengganu. Dia kemudian menjemput wanita itu di kediamannya di Tanah Merah menaiki sebuah kereta Proton Iswara.

2 1
sumber : kelantantourism

Sampai saja di tempat letak kereta Bazar Tengku Anis, lelaki itu mematikan enjin dan terus menyerangnya. Mangsa cuba untuk keluar dari kereta tetapi kereta itu dikunci. Mangsa cuba untuk membunyikan hon dan meminta tolong, namun belum sempat dia berbuat demikian, lelaki tersebut terus menggari tangannya dan mengugut untuk tembak.

Pada 7.40 malam, wanita berkenaan telah dirogol di dalam kereta tersebut sebelum dibawa ke Badang. Di situ lelaki tersebut menggari tangan mangsa serta menutup mulutnya dengan pita pelekat dan merogol mangsa buat kali kedua. 

Rogol 2
gambar hiasan

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut kemudian merompak mangsa dan memaksanya menyerahkan dua bentuk cincin emas, gelang tangan, wang tunai sebanyak RM50 dan juga telefon bimbit. 

Walau bagaimanapun, mangsa kini telah mendapat keadilan kerana lelaki tersebut telah pun dijatuhkan hukuman penjara dan juga sebatan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

1 2 E1496896950790
sumber : hmetro

Faizal Hussain, 22 yang bekerja sebagai buruh telah didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun dan juga sebat jika sabit kesalahan.

Tambahan lagi beliau didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Wanita terutamanya haruslah berhati-hati dan jadikan ini sebagai pengajaran supaya jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.

Baca : Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki Selepas Wanita Vietnam Menuduh Dicabul Olehnya di Georgetown

3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.