in

“Jalan sini teruk ya?” – Permaisuri Agong ‘Take Note’ Aduan Rakyat Sabah Mengenai Jalan Di Sabah

Permaisuri Agong Jalan Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika ini sedang berada di Sabah untuk jelajah Kembara Kenali Borneo yang bermula 3 hingga 7 September ini.


Apa yang mengujakan apabila Al-Sultan Abdullah sendiri yang memandu kereta dengan ditemani Tunku Azizah, berkenan beramah mesra, bersalaman dan bergambar bersama rakyat Sabah yang menyambut keberangkatan baginda berdua sepanjang jalan.

Dalam pada itu, rakyat Sabah turut mengambil peluang mengadu secara terus kepada baginda berdua mengenai keadaan jalan raya di sana.

Artikel berkaitan: Raja Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Rakyat Sabah, Sanggup Duduk Tepi Jalan Nak Bersalam

https://www.tiktok.com/@kakintansukashare/video/7275016020501302529

Melalui sebuah video yang tular di media sosial, Tunku Azizah dilihat menulis sendiri aduan tersebut sebaik sahaja mendengar aduan itu daripada penduduk.

Tunku Azizah turut dilihat bersalaman bersama individu yang membuat aduan tersebut.

“Jap-jap tulis. Jalan teruk. Jalan sini teruk ya?” kata Tunku Azizah sambil mencatat dalam bukunya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian netizen, rata-ratanya bersetuju dengan aduan yang dibuat oleh penduduk di sana. Dalam masa yang sama, turut berterima kasih kepada baginda berdua yang begitu prihatin dan tekun menyantuni rakyat yang bertegur.

Artikel berkaitan: Jalan Gigih Diturap & Dibaiki, Netizen Harap YDP Agong Melawat Sabah Setiap Tahun

Ada juga yang berkata dengan cara sebeginilah baru akan ada tindakan. Tidak kurang juga yang berkata mereka menunggu laporan dan kemas kini dari daerah-daerah lain pula.

Screenshot 2023 09 05 114350

Dalam pada itu, dengan video aduan yang tular di media sosial, ramai berharap ada sinar dan pembaharuan mengenai keadaan jalan raya di Sabah dan Sarawak.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.