in

Jakim Minta Siti Afifah & Suami Elak Bagi kenyataan Undang Kontroversi Dalam Berdakwah

Ft Siti Afifah Jakim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberikan nasihat kepada pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya supaya menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.


Katanya Jakim kepada Harian Metro, pihaknya tahu mengenai video tular di media sosial yang memaparkan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi termasuk mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang agamawan.

Elak bagi kenyataan undang kontroversi & kebimbangan orang awam.

Menurut Jakim lagi, pihaknya dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa pantau kandungan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di media sosial.

“Semua pihak khususnya golongan yang bergelar sebagai pendakwah adalah dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah. Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan.”

Sebagai rujukan, Siti Afifah dan suaminya sering menjadi tumpuan netizen berikutan kenyataan mereka yang dikatakan mengundang kekeliruan melibatkan hukum agama.

Screenshot 2022 12 22 111250

Malah terkini, pasangan itu telah mengkritik dan mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap agamawan yang menegur mereka.

Oleh itu, Jakim menjelaskan bahawa semua pendakwah di negara ini adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.

“Sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.”

“Adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak termasuk mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat,”

Baca : Ustazah Siti Afifah Dan Suami Label UAI Bukan Agamawan, Suruh Baca Kitab Dulu

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.