in

“Jaga Jebat elok-elok” – Sharnaaz Ucap Selamat Pengantin Baru Kepada Bekas Isteri, Nasihat Jaga Anak Elok-Elok

Fi Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam beberapa minggu ini, tanda tanya tentang hubungan antara Noor Nabila dan Engku Emran telah mendapat perhatian meluas warganet. Pagi ini, Jumaat 19 Mac 2021 mereka berdua telah selamat diijab kabulkan dan menutup segala cerita yang tersebar selama ini.


Umum mengetahui, bahawa Noor Nabila merupakan bekas isteri kepada pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang sudah berusia 2 tahun.

Beri ucapan untuk Noor Nabila

Walaupun telah hampir setahun berpisah, Sharnaaz dan Nabila masih berhubungan baik demi anak kesayangan mereka itu.

Dalam posting terbaru Sharnaaz di Instagram, dia mengucapkan selamat pengantin baru buat Nabila dan Engku Emran diatas perkahwinan pasangan tersebut.

Selebriti itu juga turut berpesan supaya menjaga Jebat elok-elok pada posting caption tersebut.

Netizen doakan Sharnaaz cepat dapat jodoh

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen dan mendoakan semoga Sharnaaz cepat-cepat bertemu jodoh.

Reak Kawin Edit

Reak Kawin 2 Edit

Reak Kawin 3 Edit

Reak Kawin 4 Edit

 

Sharnaaz Ahmad dan Nabila pernah berkahwin pada 2017  sebelum sah bercerai pada pertengahan tahun lalu.

Manakala Engku Emran pernah bernikah dengan pelakon jelita, Erra Fazira dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Engku Aleesya sebelum bercerai pada 2014.

Setelah itu, Engku Emran sempat mendirikan rumah tangga dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Chynthia Bella pada 2018 namun hanya bertahan 2 tahun sahaja.

 

Baca : Nabila & Engku Emran Sah Bernikah! Neelofa Muat Naik IG Story Pernikahan Mereka Pagi Ini

Nab Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.