in

Jaga-jaga! Wanita Pakai Seluar Dan Baju Ketat di Kelantan Kena Saman Dengan MPKB!

Bajuseluar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tahun lepas heboh pasal umat Islam lelaki kat Kelantan akan kena denda tak lebih RM1000 atau penjara enam bulan kalau keluar pakai seluar pendek, this time tiba giliran untuk kaum wanita pulak.


Termaktub dalam Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985, hukuman ni sebenarnya dah lama wujud, lapor Utusan. Dalam enakmen ni ada beberapa garis panduan untuk diikuti supaya tak kena denda atau penjara.

Tutup Aurat
Bersukan menutup aurat | sumber: stadium astro

Antara kesalahan dalam adab berpakaian yang digariskan adalah;

  1. Lelaki Muslim pakai seluar pendek paras atas lutut
  2. Wanita Muslim pakai seluar dan baju yang ketat
  3. Wanita Muslim pakai baju lengan pendek
  4. Wanita Muslim tak pakai tudung

Jika sebelum ni, rakyat Kelantan hanya dengar je pasal denda dan hukuman penjara ni. Tapi kali ni korang yang tinggal kat Kelantan kena fikir dua kali nak pilih pakaian. Sebabnya Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dah start keluarkan saman kat orang perempuan yang pakai ketat-ketat.

Dalam satu perkongsian kat Facebook, ada beberapa orang perempuan dilihat sedang disaman pihak berkuasa sebab dorang pakai baju dan seluar yang agak ketat. Tak dapat dipastikan berapa bayaran sebenar saman yang dikenakan, semua perempuan tu pakai tudung tapi still kena saman sebab baju dan seluar tak longgar.

30412494 2001807856747216 4328000361919938560 N
sumber: facebook
30516084 2001807823413886 1870564995935240192 N
sumber: facebook

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh, undang-undang macam ni dibuat bertujuan nak didik umat Islam supaya pakai pakaian sopan dan tanam kesedaran kat remaja tentang pakaian menutup aurat.

So rakyat semua especially warga Kelantan lepas ni kena hati-hati nak pakai pakaian macam mana sebelum keluar rumah supaya tak kena saman dengan MPKB ye!

30516397 2001807916747210 2476487480132501504 N
sumber: facebook
30571675 2001807886747213 3464383933066510336 N
sumber: facebook

Lepas entri pasal ni tersebar kat media sosial, ramai yang setuju peraturan macam ni dibuat. Ada juga yang nak undang-undang macam ni diwujudkan di seluruh Malaysia.

“Bagus naikkan hukum Islam kita,” kata seorang netizen.

“Bagus kalau boleh seluruh Malaysia buat peraturan macam ni.”

“Semoga apa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan akan diberkati Allah SWT. Harap-harap undang-undang seperti ni digunapakai oleh kerajaan persekutuan selepas PRU-14.”

Menutup aurat ni kan memang satu kewajipan untuk setiap orang Islam.

Baca: “Biadab sangat nampak” – Orang Ramai Pertikai Model ‘Bertudung’ Tapi Berpakaian Seksi

Apekek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.