in

Jaga-jaga Cik Kak! Wanita Ni Kongsi Sebab Kenapa Kahwin Dengan Laki Orang Best!

Gatal Nak Berkahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana lelaki pun atas muka bumi ni janganlah cari pasal nak sebut-sebut pasal kahwin satu lagi. Orang perempuan ni memang cepat panas dan boleh mengamuk 10 hari 10 malam kalau ada sebut pasal poligami.

Tapi satu posting dari seorang wanita di Facebook baru-baru ni mendapat perhatian bila dia berkongsi kenapa kahwin dengan suami orang best. Uishhh kak beraninya buat statement macam tu! 


40229417 2336325686384713 7810847440268951552 N
sumber: facebook

5 sebab kenapa wanita ni pilih kahwin dengan suami orang:

 

1. Ada banyak masa bersendiri

“Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengah hari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu adalah terapi paling best dalam hidup yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun,” katanya.

 

2. Bila jauh rasa rindu dengan suami 

“Bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh (PJJ) okey je, kenapa kita tak boleh plak.. kan..”

 

3. Susah nak cari lelaki bujang kalau lanjut usia

“Untuk wanita lewat usia.. sama ada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yang lebih tua dari dia dan baik.

“Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat,” katanya.

 

4. Tak suka jadi isteri sepenuh masa

“Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.”

 

5. Keluarga

“Saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya,” katanya akhir sekali.

Apa yang dikongsikan wanita ni obviously mendapat kecaman dari netizen terutama sekali golongan wanita. Malah wanita ni jugak claim yang dia merupakan isteri ke-3 daripada 4 isteri suaminya.

Dmug Chuuaago9Q
sumber: twitter
Suami Org
sumber: twitter
Dengki
sumber: facebook

 

“Mesti pemalas!”

Tak cukup dengan tu, ada yang cakap empunya badan ni sebenarnya malas tapi beriya-iya nak kahwin. Sebab tu lah dia sokong poligami sebab tak mahu jaga suami sepenuh masa. Gitew!

Malas Tahap Gaban
sumber: twitter

Papepun marilah kita doakan semoga wanita ini bahagia bersama suami dan madu-madunya. Buang yang keruh ambil yang jernih ye? 😉

Baca: 6 Sebab Wanita Paling Pantang Bila Suami Tanya Mahu Kahwin Lagi Satu 

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.