Minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan empat buah kereta dan sebuah lori di Segamat, Johor.
Apa yang menyayat hati, enam sekeluarga telah meninggal dunia manakala seorang lagi anak mangsa, Abdullah kini dilaporkan dalam keadaan stabil setelah beberapa hari dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat.
Artikel berkaitan: Nahas 5 Kenderaan: Arwah Mahu Gambar Beramai-ramai Buat Kenang-kenangan Jika Pergi Dulu
Artikel berkaitan: “Biar dia mengadu pada Allah” – Anak Sulung Mangsa Kemalangan Nahas 6 Beranak Ditawar Pergi Umrah
Terkini, tular di media sosial, perkongsian video Abdur Rahman, telah menerima naskhah Al-Quran daripada guru arwah adiknya.
@suffikamari Speechless, sedih sangat guys. Semoga kita semua mendoakan! #fyp
Dalam Al-Quran tersebut, ada terselit nota hari jadi yang ke 16 tahun, tahun lalu.
Nota yang dicoret oleh Norahimah kepada Fatimazatulzahrah membuatkan Abdur Rahman tertunduk menangis.
Dalam coretan tersebut, beberapa pesanan seorang ibu yang penyayang kepada anaknya telah ditulis dalam sehelai kertas kecil berwarna coklat.
“Sanah Helwah anakku, Tahniah kakak, 16 tahun sudah kakak bernafas dalam dunia ini.
Ilmu itu cahaya. Tanpa cahaya pasti gelap dunia. Timbalah ilmu walau di mana berada.
Susah senang itu adat dunia. Berikhtiar dan berdoa itu senjata kita.
Jadi anak yang solehah insya-Allah.” – Nota itu
Menerusi video yang meruntun hati itu, rata-rata netizen memberi komen sedih akan ujian yang menimpa Abdur Rahman.
Ada juga yang kagum dengan kekuatan yang dimiliki olehnya.
Sumber: TikTok