Pelakon Ruhainies baru-baru ini ada memuat naik satu perkongsian yang mencuri tumpuan ramai menerusi IG Story miliknya tentang orang yang membenci seseorang.
Dalam perkongsian tersebut, Ruhainies ada kongsikan satu kata-kata hikmah berkenaan dengan individu yang dibenci dan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkannya.
Artikel berkaitan : Sah Bercerai Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Ucap ‘Tahniah’ Untuk Ruhainies?
Artikel berkaitan : “Saya jenis tahu malu, bukan spesis Ruhainies” – Sarah Yasmine Dah Tak Mahu Berhubungan Dengan Suami Orang
Kata-kata hikmah yang disampaikan menerusi satu dialog mengenai perbualan individu dengan Tuhan, jawapan yang diberikan kepada hambaNya adalah ia masalah orang yang membenci dan ingin menjatuhkan bukan masalah orang yang dibenci itu.
Perkongsian itu dilampirkan dengan emoji senyuman sambil kenyit mata tanpa sebarang penjelasan berkenaan perkongsian tersebut.
“Itu bukan masalahmu, itu masalah dia.”
Hurm, mungkin ia hanya sekadar perkongsian rambang kot, ada ke yang benci sangat dengan Ruhainies ni? Tanya je.
Sumber : Instagram