Seorang anggota polis di Seremban ditahan atas tuduhan mengambil 2 kampit bawang daripada seorang pemandu lori kononnya sebagai ‘hadiah terima kasih’ kerana tidak isukan saman RM1,000.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban. YDH ACP Mohd Said Bin Ibrahim, pemandu itu membawa stok bekalan gudang bawang dan kentang dari Shah Alam untuk dihantar ke Seremban pada 29 November lepas.
Rasuah 2 kantung bawang
Menurut Sin Chew Daily, sekitar jam 2 petang, pemandu itu sedang mengharungi sekatan jalan raya di Plaza Tol Senawang, dia ditahan oleh pihak polis dan diminta untuk kemukakan surat perlepasan daripada majikannya untuk merentas daerah ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau tidak dia akan didenda.
Gagal mengemukakan surat, pemandu lori itu mengatakan bahawa polis minta RM200 daripadanya kerana tidak dapat bayar denda RM1,000. Walaubagaimanapun, pemandu itu berkata dia dah tak kerja sejak bulan Mac lepas dan baru sahaja masuk kerja. Lapor WORLD OF BUZZ.
Melihat keadaan lori yang penuh dengan bekalan mentah, pegawai polis itu meminta 10 kantung bawang merah.
Tetapi pemandu tersebut merayu untuk diberikan pertimbangan kerana setiap kantung bawang itu harganya sampai RM50 dan gajinya boleh dipotong RM500 jika hilang dan jumlah itu hampir setengah daripada gajinya.
Lalu pegawai polis tersebut, hanya ambil 2 kantung bawang dan lepaskan pemandu itu pergi. Selepas pemandu itu sampai ke destinasi, dia membuat laporan.
Pada 30 November 2020, pegawai polis yang berumur 55 tahun itu telah ditahan di Senawang dan 2 kantung bawang itu dirampas.
Ketika disoal siasat, pegawai itu menafikan yang dia ambil rasuah dan menegaskan bahawa bawang-bawang yang diambil itu hanya sebagai ‘hadiah terima kasih’ kerana lepaskan pemandu itu dan tidak kemukakan saman.
Kata Mohamad Said, kes ini masih dalam siasatan dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, yang melibatkan peras ugut dan berdepan dengan penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau dua daripada darinya.
.