in

“Dapat RM4 ribu, keluar balik RM16 ribu” – Didakwa Terima Rasuah, Anggota Polis Guna Duit Kahwin Bayar Ikat Jamin

Rasuah5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpul duit kahwin adalah perkara yang mencabar, ia memerlukan komitmen serta daya tahan nafsu yang tinggi.


Bahkan, ramai anak muda melakukan lebih dari dua atau tiga kerja semata-mata untuk mengumpulnya.

Namun, apakan daya bagi lelaki ini, dia terpaksa mengeluarkan duit terkumpul untuk perkahwinannya untuk membayar ikat jamin.

Dahlah nak kahwin Disember ni!

Anggota polis, Sarjan Ibrahim Sabdu @ Azman, 27 tahun didakwa atas kesalahan menerima rasuah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000.

Bagaimanapun, setelah dibuat permohonan oleh peguam Mohamed Yazzer Zainuddin, mahkamah bersetuju untuk mengurangkan kadar ikat jamin tersebut.

Saya mohon Mahkamah Seksyen mengurangkan ikat jamin memandangkan anak guam saya akan menggunakan wang hantaran dan belanja kahwin untuk membayarnya.”

Hakim Zaman Mohd. Noor kemudian mengurangkan jaminan kepada RM16,000 dengan syarat passport tertuduh diserahkan dan perlu melaporkan diri di Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) Kota Bharu setiap bulan.

 

Dituduh terima rasuah sebanyak 2 kali

Pertuduhan pertama, dia didakwa menerima rasuah sebanyak RM8,000 dan pertuduhan kedua pun dari orang yang sama sebanyak RM4,000.

Rasuah1

Ibrahim yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh didakwa me­nerima RM4,000 daripada Mohd. Khairul Azwani Mohamed Nor, 34, pada pukul 1 petang 7 April lalu di Bahagian Narkotik IPD Pasir Puteh.

Ia sebagai dorongan untuk melepaskan Mohd. Radzi Abd. Ghani, 40, yang ditangkap mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun.

 

Laporan Kosmo mengatakan, tertuduh membayar jumlah ikat jamin itu.

 

Baca : Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ Selangor & 5 Anggota Polis Antara 7 Penjawat Awam Direman Kes Rasuah

Rasuah

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.