in

Isu Penyanyi Rap Dirakam Anggota MBSJ, Exco Selangor Akui Kesilapan & Mohon Maaf

exco selangor mohon maaf penyanyi rap dirakam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penyanyi rap Zamaera mendakwa privasi dirinya diceroboh oleh pasukan Bahagian Operasi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sebuah pusat urut di SS14, Subang Jaya.

Katanya, dirinya yang hanya diselimuti tuala ketika itu dirakam oleh salah seorang anggota berkenaan yang menurutnya sengaja melakukan perbuatan itu atas kepentingan diri sendiri.


Artikel berkaitan: Penyanyi Rap Wanita Dakwa Dirakam ‘Senyap-senyap’ Di Pusat Urut, Pegawai PBT Bagi Alasan SOP

Exco Selangor mohon maaf

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor mengakui belum ada prosedur operasi standard (SOP) yang jelas berhubung penguatkuasaan di pusat urut, lapor Kosmo!.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, beliau secara peribadi menyatakan kekesalan dan permohonan maaf berhubung insiden tersebut sehingga menjadi tular.

Katanya, bagaimanapun ia mungkin kesilapan atau salah faham antara kedua-dua belah pihak.

“Pihak penguatkuasaan pergi ke situ untuk jalankan operasi. Kita belum ada SOP yang jelas bagaimana buat penguatkuasaan tentang rumah urut tidak berlesen dan sebagainya. Saya juga dimaklumkan pusat urut tersebut tidak berlesen.

“Saya tidak menyalahkan penyanyi itu dan faham beliau mungkin tercabar dengan kehormatan dan sebagainya. Mungkin keperibadian dan hak serta sebagainya, itu saya faham apa yang dinyatakan suara hati beliau,” katanya.

Justeru, Suee Lim menjelaskan bahawa beliau akan cuba menyelesaikan isu tersebut dengan cara berhemah dan mengambil tindakan sewajarnya dalam mengelakkan kejadian sama.

@al_boeboes

Raid masuk rumah urut berlesen, semua officer lelaki, selak2 tirai bilik sambil record. Bila tanye semua senyap, boleh plak tanye ape yg tak senonoh? Yg tak senonoh tu engkau la. Bawak la officer wanita.

♬ original sound – aL_BoeBoeS – aL_BoeBoeS

“Dalam bab ini, memang ada salah faham sehingga ada pergaduhan dalam itu antara penguatkuasa dan artis itu sendiri.

“Saya berharap perkara itu tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, polis memaklumkan sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai laporan yang diterima susulan insiden tersebut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.