in

Isu Lukis Karikatur Nabi Muhammad, Dr Zulkifli Kirim Surat Buat Duta Perancis, Siap Hadiahkan Buku Lagi

Feat Islam Final

Berhubung isu lukisan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh akhbar mingguan satira Perancis baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkilfi Mohammad Al-Bakri telah mengambil inisiatif menulis surat khusus untuk dihantar kepada duta Perancis ke Malaysia.

Menurut postingan beliau di laman Facebooknya, Dr Zulkifli memaklumkan bahawa surat itu dikirimkan kepada Kedutaan Perancis di ibu negara semalam.

Fb Islam

 

Mewakili umat Islam Malaysia

Isi surat berkenaan ada menyebutkan beliau telah mewakili umat Islam di Malaysia percaya bahawa kedua-dua negara mempunyai pendirian sama iaitu setiap tindakan keganasan dan ekstremisme tidak mewakili mana-mana agama di seluruh negara.

Kami sebagai pemimpin dalam komuniti tidak menggalakkan tindakan sedemikian. 

Selain itu, beliau turut meluahkan rasa kesal dengan insiden perkembangan terkini yang melibatkan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo di Perancis.

 

Hadiahkan buku mengenai Rasulullah SAW

Bukan setakat kiriman surat, Dr Zulkifli turut menghadiahkan duta Perancis itu sebuah buku yang bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of The Phrophet Muhammad) sempena bulan kelahiran Rasulullah SAW.

Bulan Rabiulawal adalah masa terbaik untuk mendapatkan buku ini dan belajar memahami siapa Nabi Muhammad SAW, baik tingkah laku dan amalannya yang indah.

Anda hanya akan sayang seseorang jika anda mengenalinya. 

Buku Islam

Antara isi lain dalam surat itu ada menyatakan bahawa umat islam tidak akan bersikap membalas dendam susulan tindakan provokatif karikatur itu. Sebaliknya, mereka akan berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah SAW.

 

Insiden pembunuhan di Perancis

Bagi yang tidak tahu, baru-baru ini tular isu kenyataan terbuka yang dibuat oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengenai hak untuk menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW, ia sekaligus dilihat sebagai tindakan yang menghina agama Islam.

Hal ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Lapor Bernama, kenyataan yang dibuat Macron itu adalah sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty di pinggir bandar Paris pada awal bulan ini.

Guru tersebut dikatakan telah menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.

Hal ini menyebabkan dia menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian disebabkan pemilihan bahan pengajaran iaitu gambar sama yang mencetuskan serangan berdarah Charlie Hebdo oleh lelaki bersenjata di pejabat majalah satira, Perancis.

Menurut Awani, terdahulu, Charlie Hebdo yang merupakan pelukis karikatur itu telah menjadi sasaran penembak pada tahun 2015. Hal ini berlaku gara-gara dia memaklumkan mahu menerbitkan semula kartun kontroversi itu.

Tindakan pembunuhan itu berlaku serentak dengan bermulanya perbicaraan pasangan adik-beradik, Said dan Cherif Kouachi yang didakwa telah melakukan serangan bersenjata di pejabat akhbar itu di Paris.

Islamofobia takkan berakhir. 

Baca: Ahli Politi  Belanda Anti Islam Ingin Teruskan Pertandingan Melukis Kartun Nabi Muhammad  

Baca Islam