Semalam telah selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri di Semenanjung Malaysia. Dalam pilihan raya itu, kedua-dua blok parti politik berjaya mengekalkan penguasaan di negeri masing-masing.
Pun begitu, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya, bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN), dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, semalam.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata antaranya ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang mana majoriti kemenangan adalah rendah.
Keputusan bagi empat kerusi terbabit menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).
Sehubungan dengan itu, pihak gabungan PH-BN telah megambil maklum ada beberapa hal boleh dipertimbang untuk dibuat petisyen, seperti kes kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis.
Amirudin turut memaklumkan, pasukan peguam PH-BN akan membuat penelitian lanjut mengenai kes di semua kerusi ini, sebagai pertimbangan dalam membuat petisyen.
Baca: Tayang Kertas Undi Adalah Kesalahan Dibawah Akta Pilihan Raya – Ketua Polis Negara