in

Isu Jemput Abah Hayat Jadi Tetamu Podcast, Shuib Bengang Dituduh ‘Tunggang’ Arwah Isteri

Shui Tunggan Arwah Isteri Podcast Abah Hayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengendali audio siar, Dol’s Podcast iaitu Shuib bersama Fizie dan Mamat telah mengundang kritikan orang ramai kerana menjemput bekas banduan kes pembunuhan kerat lapan, Khairul Anuar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat.

Ramai netizen mempertikai tindakan Shuib dan rakan-rakan menjemput individu berkenaan sebagai tetamu podcast mereka kerana berpendapat seolah-olah mereka tidak menjaga sensitiviti terhadap keluarga mangsa.


Pun begitu, netizen yang melemparkan kecaman dan kritikan juga dilihat telah melampaui batas apabila mengaitkannya dengan arwah isteri Shuib.

Artikel berkaitan: “Buat content untuk apa?” – Netizen Persoal Bekas Banduan ‘Kerat 8’ Buat Akaun TikTok

Artikel berkaitan: “Kenapa libatkan arwah isteri aku?” – Shuib Bengang Kematian Siti Sarah Dikaitkan Dengan Freemason

Screenshot 2024 10 23 130125

Lantaran itu, Shuib meluahkan rasa bengang terhadap seorang individu yang mengatakan dia menunggang isu arwah isterinya Siti Sarah dan kini menunggang isu bekas banduan terbabit.

“Apa maksud awak? Kalau saya posting tentang arwah isteri saya itu di kira ‘menunggang’ arwah bagi awak?

“Maaf nak tanya awak, saya memang tak boleh bercakap tentang arwah isteri saya ya bagi awak?

“Bila saya bercakap pasal isteri saya itu di kira ‘menunggang’ arwah isteri saya ke!!!!!! Jawab soalan saya!!!!!!” soal Shuib.

Individu minta maaf, tapi Shuib nak saman

Tidak berapa lama kemudian, individu terbabit telah membuat permohonan maaf dan mengaku kesalahannya.

Img 0988

Bagaimanapun, Shuib dilihat mahu meneruskan tindakan terhadap individu terbabit sebagai pengajaran.

Img 0989 Img 0987

Kalau nak kritik tu, kritik dengan cara berhemah. Janganlah sampai melibatkan orang yang tidak sepatutnya…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.