in

“Isteri yang enggan jumpa” – Prince Syed Buat 2 Laporan Polis Selepas Diserang Depan Rumah

isteri enggan jumpa prince syed lapor polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed membuat laporan polis selepas mendakwa dia diserang dan dipukul seperti video tular baru-baru ini.

Dia mendakwa kejadian itu berlaku pada jam 2.40 petang semalam apabila empat individu dikenalinya itu datang menyerangnya yang berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang.


Katanya, mereka memukul kepalanya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuknya pada bahagian wajah.

“Selain itu, mereka turut mencakar tangan saya sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi.”

@meltycheese2

allahuakbar 🥹 #fyp #princesyed #malaysiatiktok #foryoupage #fypシ゚

♬ original sound – munckin 💥 – 🍃

Artikel berkaitan: “Dah tak boleh berjalan normal” – Lidah Mengeras, Prince Syed Dakwa Isteri Terkena Sihir

Artikel berkaitan: “Apa2 kita cerita kat balai” – Dakwa Barang Kemas Kena Curi, Prince Syed Buat Laporan Polis

Pempengaruh itu turut mendakwa mempunyai bukti rakaman CCTV kejadian dan mengatakan ia berlaku disebabkan dia dianggap telah mengongkong serta menghalang isterinya daripada berjumpa mereka.

“Hakikatnya, isteri (Fatin Syazwani) enggan berjumpa mereka atas sebab tertentu dan saya buat laporan polis untuk keselamatan diri serta bimbang mereka bertindak agresif,” katanya.

Lapor polis selepas diminta untuk berpisah

Dakwanya lagi, dia ada membuat satu lagi laporan polis pada Sabtu selepas menerima desakan individu sama menuntutnya berpisah dengan isteri.

“Individu terbabit juga mengganggu dengan meminta saya menyerahkan dua anak berumur dua dan enam tahun sedangkan saya mampu menjaga mereka.

“Selain itu, ketika di rumah pada Jumaat lalu (31 Oktober), individu sama ada menghubungi kakak dan ibu bagi meminta saya berpisah dengan isteri dan mahu saya membuka sekatan nombor serta memberitahu keberadaan isteri jika tidak mahu diapa-apakan.

“Untuk apa kami berpisah sedangkan membina rumah tangga adalah satu yang mulia dan sebagai suami, saya kena pertahankan perkahwinan sampai akhir hayat,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita dipercayai ibu mentua Prince Syed ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya itu telah menghalangnya untuk menziarahi anaknya.

571967071 17898185703329344 3795556631767312884 n

Wanita itu mendakwa Prince Syed menjadikan isterinya itu seperti tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.