in

Isteri Tak Masak Ajak Makan Roti Canai, Suami Mengamuk Lempar Mi Kuning Ke Dinding

Ft Isteri Sedig

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat seorang isteri untuk menikmati roti canai terbantut setelah dia menjadi mangsa amarah suaminya. Malah hati seorang isteri ini begitu luluh kerana rezeki dibazirkan begitu sahaja.

Luahan tersebut dikongsikan di TikTok dan meraih lebih daripada 100K jumlah tontonan. Ramai netizen yang pernah alami situasi lebih kurang sama menceritakan pengalaman yang menghibakan mereka.


Artikel berkaitan : “I nak jumpa anak, please” –  Bekas Isteri Sedih, Merayu Dekat Safee Sali Nak Jumpa Anak

Artikel berkaitan : “Kau bersihkanlah kak” – Bengang Peniaga Lupa Permintaan ‘No Taugeh’ Pelanggan Longgok Mi Atas Meja

Si isteri muak masak hari-hari dan berhasrat untuk ‘tukar angin’, jadi pada hari tersebut dia tak masak, si isteri yang teringin makan roti canai tunggu suaminya bangun dari tidur untuk diajak, namun alangkah sedihnya apabila suaminya itu meradang dengan melakukan tindakan yang di luar kawalan.

Suaminya dikatakan buka peti sejuk dan capai mi kuning sebelum lemparkannya ke dinding. Luahan itu membuatkan ramai wanita kongsikan detik sebak yang seakan-akan kejadian ini.

@uuyaa_24

Mintak roti canai je pun.. bukan mintak emas permata😌

♬ SHIMA_Luka di lukai – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Ada yang sampai pernah dikasari oleh bekas suaminya, di mana dia kena lenyek nasi goreng di muka kerana makan tak habis. Bahkan ada juga yang kongsikan pengalaman dia ketika bersama dengan suaminya yang toksik. Namun, apa yang baiknya kebanyakan daripada mereka kini sudah berpisah dengan pasangan toksik itu.

Screenshot 2024 04 03 165857 Screenshot 2024 04 03 170018 Screenshot 2024 04 03 170051

Mujur lah dah jadi ex, kalau min dapat macam ni dah sah-sah red flag kan dia, tapi tu la masa tu tengah sayang kan?

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.