in

“Hari-hari tegur dia boleh burn out” – [VIDEO] Isteri Menangis Sebab Letih Tegur Benda Yang Sama

Ft Isteri Menangis Burn Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ia nampak satu perkara yang menghiburkan, tetapi bagi segelintir warganet perkara ini agak serius biarpun ianya nampak remeh.

Video di mana seorang isteri menangis akibat rasa penat yang perlu dia hadap setiap hari kerana suaminya yang suka tidak letak barang ke tempat asal selepas digunakan.


Artikel Berkaitan : Pergi Bank Nak Ambil Duit Pencen, Keluarga Bingung Misteri Kehilangan Atuk Bersama Kereta Kancil 10 Tahun Lepas

Artikel Berkaitan : Perunding HR Dakwa Pemalsuan Keputusan Covid Berpunca Dari Pekerja Yang ‘Burnout’

Dalam video tersebut, si isteri mengeluh melihat ubat gigi dan berus gigi yang tidak diletakkan di tempat yang betul. Wanita ini kemudian segera ke arah suaminya sambil menangis menunjukkan yang dia sudah letih mengingatkan perkara yang sama sejak awal pernikahan mereka pada 4 tahun lepas.

Dia menyuruh suaminya ke bilik air dan lelaki itu dilihat berseloroh sambil tergelak yang dirinya terlupa untuk melakukan perkara yang ditegur isteri. Bahkan ada pakaian juga yang dibiarkan di atas lantai dan tidak dimasukkan ke dalam bakul  ‘baju kotor’.

Video dari Indonesia ini mendapat perhatian netizen Malaysia dan bagi mereka, perkara yang dianggap perkara remeh ini boleh jadi penyumbang utama rasa tekanan terhadap seorang isteri.

Screenshot 2023 10 23 160616 Screenshot 2023 10 23 160648 Screenshot 2023 10 23 161218 Screenshot 2023 10 23 161244

Jadi, tidak hairanlah apabila ramai yang mengatakan kes cerai berai ini berlaku kerana hal-hal kecil sebab kalau diulang berkali-kali pasti buat rasa stress.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.