Isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu, mendakwa arwah suaminya mula meracau sejak dua minggu kebelakangan ini.
Dalam laporan Kosmo!, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, berkata keadaan itu memaksa mereka berpindah dari rumah sewa di Padang Serai, Kedah ke kediaman ibunya di Bertam, Seberang Perai Utara, minggu lalu.
Artikel berkaitan: Penantian Isteri Hamil 5 Bulan Berakhir, Suami J*tuh Jambatan Pulau Pinang Sudah Ditemui
Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 Dipercayai Khayal Hisap V*pe, Meracau Lepas Terjatuh Bumbung
“Arwah suami pernah beritahu yang ramai orang sedang meligannya (kejar). Dia menangis sambil berkata yang dia tak sampai hati nak tinggalkan saya.
Malah, keluarga kami ada bawa dia pergi berubat secara rawatan Islam termasuk di hospital,” katanya.
Mengulas kejadian itu, katanya dia dimaklumkan oleh rakan arwah suami melalui panggilan telefon sekitar pukul 8 malam, Ahad lalu.
“Saya awalnya memang tak percaya. Dia keluar pada hari itu untuk pergi ke kedai dobi. Dia hanya kutip semua pakaiannya sahaja.
Kalau saya tahu nak jadi begini, memang saya tak bagi dia keluar rumah,” katanya.
Nurul Natasha yang kini hamil anak ketiga turut merayu orang ramai agar berhenti membuat andaian buruk terhadap keluarganya berhubung insiden tersebut.
“Saya tak mahu orang kacau mental saya yang sedang kemurungan. Kalau duduk dengan mak pun, kami tak akan sembang hal rumah tangga termasuk dengan siapa-siapa.
Kami minta tolong jangan sesekali buat andaian sendiri sebab orang tak duduk di tempat kami. Malah, arwah langsung tak pernah cerita apa-apa tentang masalah dia. Saya memang terkejut bila dia bertindak sedemikian,” ujarnya.
Namun, katanya lagi, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan berjanji akan menjaga amanah yang ditinggalkan suaminya sebaik mungkin.
Terdahulu, mayat Elmi Nu Zamani yang dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, ditemukan terapung berhampiran jeti di Pengkalan Weld sekitar pukul 9.35 pagi tadi.
Mangsa dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T putih selepas hampir 40 jam dilaporkan hilang.
Sumber: Kosmo!
