Salah satu ‘perangai’ dekat tempat kerja ni adalah sikap rakan yang suka menyakat kita kalau buat sesuatu, misalnya ada beli barang baru, tengok penampilan kita lain dan kalau nampak kita bawa bekal, terutamanya lelaki.
Tapi ini bukanlah sebab toksik,’buli-buli manja je’ cuma sebagai lelaki kalau kena macam tu, malu lah juga kan?
Situasi itu dialami oleh seorang suami apabila isterinya sediakan bekal makanan di dalam bekas yang elok dan rakan sepejabat ‘menyakat’nya.
Isteri bungkus ala-ala ‘tapau’ dari kedai makan
https://twitter.com/nadziraaahh/status/1531509901448859648?s=21&t=qwpq9NbxzpJ7PtLEDNli8Q
Disebabkan malu dengan usikan itu, si suami ini ada menegur isterinya agar tidak perlu letak bekalan ke dalam bekas. Jadi, isterinya ada satu idea dengan membuat gaya ala-ala bungkus dari kedai.
Kalau tengok, memang sebiji macam beli dari Foodpanda/Grab semua weh!! Kreatif!
Gambar yang dikongsikan dari Facebook ini tular di Twitter dan meraih lebih 6,500 jumlah retweets sejak ia dimuat naik semalam.
Rata-rata memuji kreativiti si isteri dan yang paling penting, ramai geng-geng suami di ruangan komen menyatakan bahawa sebenarnya mereka lagi bangga dapat bawa bekal.
Memang isteri ni kreatif eh…Nak malu buat apa – Netizen

Ada juga netizen menyatakan bahawa kaedah baru si isteri itu jauh lebih mudah kerana ianya pakai buang dan tak perlu nak bimbang kalau bekas hilang.
Bagi min, rasanya untuk zaman sekarang budaya ejek-ejek bawa bekal tu dah tak relevan sebab kos sekarang makin tinggi, jimatlah selagi mana boleh. Lagi satu, min rasa dia ni baru kahwin ni. Hihihi.
Baca : “Hampir 95% penduduk terputus bekalan makanan” – Ini Situasi Terkini Di Afghanistan

