Seorang lelaki dari Thailand secara tidak sengaja meninggalkan isterinya di tepi jalan dan meneruskan pemanduan sejauh 159.6 km kerana ingatkan isterinya tertidur di tempat duduk belakang kereta.
Boontom Chaimoon, 55, dan Amnuay Chaimoon, 49, berangkat pada Hari Krismas untuk memandu sepanjang malam ke kampung halamannya di wilayah Maha Sarakham.
Sepanjang perjalanan, Chaimoon terpaksa berhentikan trak pikap Isuzu miliknya di tepi jalan untuk membuang air kecil pada malam itu.
Isteri ‘tersadai’ sorang-sorang kat tepi jalan sebab suami tak perasan
Selepas dia melangkah keluar dari kereta, Amnuay memutuskan dia mungkin boleh ikut sama dan menyelinap ke dalam hutan berhampiran untuk buang air dengan cepat, menurut New York Post.
Namun begitu ketika dia dah habis ‘buang hajat’, suami dan keretanya tidak kelihatan.sebelum menyedari suaminya dah tinggalkan dia ‘tersadai’ di tepi jalan. Ia agak cemas buat Amnuay kerana telefon bimbitnya ada dalam kereta.
Memandangkan hari sudah gelap, wanita itu ketakutan dan keliru, tetapi dia memutuskan untuk berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan.
Menurut portal Thailand, Matichon, dia berjalan kira-kira sampai 20 KM dan tiba di daerah Kabin Buri pada jam 5 pagi sebelum dapat menghubungi polis tempatan yang memintanya menelefon suaminya.
Namun begitu, memandangkan dia tidak ingat nombor telefon bimbit suaminya, dia mendail nombor sendiri sekurang-kurangnya 20 kali tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.
Sekitar jam 8 pagi, dia dapat menghubungi suaminya dengan bantuan polis. Selama ini, si suami tidak tahu bahawa isterinya tiada di dalam kereta, dan menyangkakan bahawa dia sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang.
Pada masa itu, dia telah memandu sehingga ke wilayah Korat, sejauh 159.6 KM daripada tempat dia meninggalkan isterinya tanpa sengaja itu. Setelah mendengar apa terjadi, Bontoom segera berpatah balik ke Kabin Buri dan mengambil pasangannya.
Ketika ditanya bagaimana dia boleh memandu sejauh ini tanpa menyedari ketiadaannya, suami itu berkata dia menyangka isterinya berada di tempat duduk belakang dan sedang tidur sepanjang masa. Dia memohon maaf kepada isterinya sejurus sahaja mereka bersua.
Bagaimanapun, Amnuay berkata mereka tidak bertengkar apabila dia menjemputnya. Pasangan itu telah berkahwin selama 27 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 26 tahun.
Baca : [VIDEO] Sedih & Lawak! Pemandu Grab Tak Sengaja Tinggalkan Penumpang Lepas Tolong Rider Accident