Kemalangan jalan raya adalah salah satu perkara yang semua orang akan cuba sedaya upaya untuk elak daripada berlaku. Tapi dah kalau benda nak jadi, jadi jugak kan?
Tapi, kalau kemalangan tu berlaku depan mata korang, mesti ada di antara kita yang akan panik kan, dan mesti ada segelintir yang akan turun dan memberikan pertolongan kepada mangsa.
Baru-baru ini telah tular sebuah rakaman dashcam di Twitter yang memaparkan sebuah motosikal yang hilang kawalan dan terbabas di tengah jalan raya.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1602468829254529025
Insiden yang berlaku menyebabkan penunggang tersebut terjatuh dan motosikalnya terseret sehingga menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal di sebelahnya turut terjatuh.
Pemandu e-hailing yang juga pemilik dashcam tersebut telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan keluar untuk membantu mangsa.
Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat pemandu lelaki tersebut keluar dari keretanya dan seorang penumpang perempuan turut keluar ke lokasi kejadian yang berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Sri Damansara.
Tak perasan penumpang turun sekali
Selang beberapa saat, pemandu tersebut dilihat kembali ke keretanya dan meneruskan perjalanan tanpa menyedari penumpang yang dibawanya masih berada di luar tempat kejadian.
Rakaman yang mendapat perhatian warganet itu telah mencetuskan tanda tanya sampaikan ada yang mengundang simpati dan pada masa sama dianggap kelakar.
Menerusi perkongsian di Facebook, Azwan berkata dia tidak menyedari yang penumpangnya turut keluar ke lokasi semasa kejadian.
“Selepas tu naik la kereta balik pergi settle job ni. Sepanjang perjalanan aku bebel la dalam kereta.. Dalam hati aku apa pasal penumpang senyap je,” katanya.
Sesudah sampai ke drop off point, Azwan toleh ke belakang dan dia menyedari yang dia telah tertinggal penumpang yang dibawanya dekat tempat kejadian.
Azwan berkata, tidak hairanlah mengapa keadaan dalam kereta sunyi tanpa respons penumpang sepanjang perjalanan.
Tanpa berfikir panjang Azwan pun terus berpatah balik untuk mencari wanita tersebut, namun dia hanya berjumpa semula dengan penumpangnya itu setelah dia kembali ke drop off point buat kali kedua.
Apa komen warganet?
Rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dengan situasi yang dialami Azwan sebagai pemandu e-hailing dan menjadikan ia sebagai salah satu kenangan manis dan lawak.
Sumber : Twitter, Facebook (Azwan Abu Selaiman)
Macam mana boleh tertinggal tu bang.. tapi takpe mahal pengalaman tu..
Baca : “Layak ke dia dapat sayang kau?” – Gadis ‘Broken’ Ditinggal BF, Abang Grab Beri Nasihat Berguna