Baru-baru ini, tular satu klip video yang menunjukkan dua orang anggota polis sedang mengiringi kenderaan yang dimiliki oleh orang awam.
Ekoran itu, Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik tersebut berhubung kejadian mengiringi kenderaan awam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kedua-dua anggota polis trafik berkenaan.
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan.
“Satu kertas siasatan tatatertib terhadap kedua-dua anggota tersebut akan dibuka bagi menyiasat perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan.
https://www.facebook.com/freemalaysiatoday/videos/5087681047989857/
Dalam video berdurasi 20 saat yang tular itu, rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kereta sambil diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.
Video tersebut tular dan mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Kredit: Sinar Harian
BACA: Polis Buka Kertas Siasatan Kes Kematian Bayi Adam, Siti Bainun Dipanggil Beri Keterangan