in

“Inspektor Mazlan undercover kot…” – [VIDEO] Aksi ‘Kembar’ AC Mizal Bergelek Sakan Buat Netizen Berdekah

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini dah macam-macam cerita kita pernah dengar tentang orang yang berwajah sama ni. Kita pernah tengok lelaki diberkas berkali-kali sebab wajah sama dengan penjenayah, kita juga pernah lihat bilal masjid di Indonesia berwajah sama dengan Cristiano Ronaldo.


Terkini, seorang pengguna Tiktok berkongsikan satu video rakaman persembahan seorang penyanyi wanita yang diiringi oleh beberapa penari latar di atas dan di bawah pentas.

Menariknya pada video ini, salah seorang penari latar kepada persembahan ini mempunyai wajah yang ‘sebijik’ dengan pengacara terkenal Malaysia, Dato’ AC Mizal.

Melalui klip berdurasi 19 saat itu, penari bersinglet hitam tersebut dilihat tidak kekok dan sangat lincah melakukan gerak tariannya, namun situasi tersebut agak lucu kerana wajahnya sangat menyerupai Dato’ AC Mizal.

Bukan saja rupa, malah bentuk badan lelaki tersebut juga dilihat menyerupai pelakon filem Buli itu. Ada juga yang menganggapnya lucu jika dibayangkan Dato’ AC Mizal sendiri yang meragakan pemakaian seperti penari latar tersebut. Appealing sangat tau!

“AC Mizal dark web ke ni?”

Tidak sampai 5 jam klip ini dimuatnaik, ia telah menerima lebih 500 ribu tontonan di Tiktok di mana rata-rata netizen terhibur dengan aksi ‘kembar’ AC Mizal yang dilihat sangat ‘rancak’.

15 Vert

Lebih menghiburkan, ada juga yang menganggap bahawa ini merupakan satu penyamaran Inspektor Mazlan (dilakonkan oleh AC Mizal) dari Gerak Khas untuk memberkas penjenayah. Boleh jadi jugak, ini bukan pertama kali Inspektor Mazlan menyamar jadi undercover, kan?

14 Vert

4 8

Sampai viral terus abang tu. Rakyat Malaysia ni bagi lah apa-apa video sekali pun, jarang kita nampak serius, kan?

Baca: “Senyum tu sebijik” – [VIDEO] Pemuda Mirip Abam Bocey Tular, Buat Ramai Orang Rindu

13

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.