in

“Kita akan jadi macam titanic ke?” – [VIDEO] Tragedi Sewol, Penumpang Karam Tunggu Arahan Kapten Rupanya Dah Cabut Lari

Sewon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya mesti ramai yang tahu pasal kisah kapal Titanic yang terjadi pada 14 April 1912 bukan? Tragedi dimana kapal gergasi dunia terlanggar ketulan ais dan karam sehingga meragut 1500 nyawa pada masa itu.


Namun selepas 102 tahun kemudian, insiden yang lebih kurang sama berlaku semula pada dua hari selepas tarikh Titanic tu. 16 April 2014, tragedi hitam di Korea Selatan apabila kapal yang membawa muatan penumpang karam.

 

Tragedi Sewol, kerajaan buat operasi mencari dan menyelamat sambil lewa

72155228 914541658917822 5155970894383808512 N
Sumber : facebook

Perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju itu membawa 476 penumpang, 250 orang daripadanya ialah pelajar dari Danwon High School yang sedang dalam lawatan sekolah.

Kapal seberat 6825 tan ini menghala ke utara Byeuongpungdo pada pukul 8.58 pagi apabila kapten kapal mula menyedari kapal itu mengalami kegagalan operasi selepas membelok.

Selain itu, muatan kargo yang melebihi had yang ditetapkan pun menjadi punca kapal ini tenggelam. Tragedi ini memberikan impak kepada penduduk Korea, mereka bengang dengan kelemahan kerajaan Korea Selatan dalam mengendalikan situasi cemas.

Gerakan menyelamat dan operasi mencari mangsa dibuat sambil lewa padahal kapten dah call pengkalan cakap kapal dah senget.

Tapi pengkalan tetap bertenang-tenang macam tak ada apa yang terjadi. Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dah siarkan berita cakap semua penumpang selamat dan berita ini disebarkan pula oleh agensi berita lain.

Sedangkan keadaan mangsa dah kritikal masa tu.

 

Kerajaan Korea Selatan menipu rakyat dan keluarga mangsa semuanya selamat padahal….

72346058 914541685584486 4118632908242026496 N
Sumber : facebook

Lebih mengharukan lagi, saat Sewol makin tenggelam kerajaan menggesa maklumat palsu di keluarkan sebab nak redakan keadaan cemas rakyat.

Pegawai jabatan pendidikan Geongi siap mesej ibu bapa pelajar yang terlibat kononnya semua pelajar dah selamat sedang hakikatnya pelajar-pelajar ini masih terperangkap dalam perut feri!

Kenapa pelajar-pelajar ni tak lari? Umum mengetahui budaya Asia khususnya Korea dan Jepun yang sangat menghormati ketua dan guru. Jadi bila kapten kapal arahkan pelajar-pelajar ni duduk diam dalam kabin dan jangan keluar, mereka semua menurut perintah.

 

Kapten suruh semua orang tunggu dalam kabin walhal dia dah cabut lari dulu

72477266 914541735584481 2996395302832832512 N
Sumber : facebook

Ada satu video, tunjuk pelajar perempuan duduk dekat kabin. Dia cakap dekat kawan dia, “Situasi ni sama macam kemalangan Subway haritu. Penumpang di minta tunggu kemudian mereka melarikan diri. Yang tak patuh arahan akan selamat”.

Kapten kapal suruh semua duduk dalam kabin dan tunggu arahan, tapi kenapa tak dapat maklum balas?

Dia suruh pelajar-pelajar ni stay dalam kabin sedangkan masa tu dia dah lari selamat kan diri dia. Masa perbicaraan kes ni di mahkamah, bila di tanya betul ke dia bagi arahan jangan keluar dari kapal dan tunggu sahaja di kabin, dia balas, “saya tak ingat.”

Ada banyak rakaman video yang dirakam mangsa beberapa jam sebelum kapal itu tenggelam, kebanyakkan mereka (pelajar-pelajar) masih ceria semasa rakaman video di buat.

Rasa sebak apabila melihatnya sebab mereka sangat yakin mereka akan diselamatkan. Yelah dekat luar dah dengar bunyi helikopter, dah ada bot-bot nelayan yang nak tolong bantu sedangkan masa tu feri tu dah nak tenggelam dah pun.

Usaha menyelamat jadi semakin sukar dan mustahil pasukan penyelamat dapat keluarkan kesemua mangsa yang terperangkap.

Semua pelajar-pelajar ni tunggu je arahan padahal mereka boleh lari dari awal.

Ramai yang mempertikaikannya dan membandingkan insiden ini dengan Titanic, gambar diatas tadi merupakan.kapten kapal Sewol (Lee Joon Seok) menyelamatkan dirinya sendiri, disertai anak-anak kapal di bawah seliaannya.

Dia sempat bagi arahan supaya penumpang tidak bergerak dan kekal di dalam kabin sehingga bantuan tiba sedangkan ketika itu, dia sudah pun berada di dalam bot penyelamat.

Mangsa yang terperangkap hanya menunggu sahaja di dalam kabin tanpa sebarang cubaan menyelamatkan diri sedangkan ada masa kira-kira 2 jam sebelum kapal itu tenggelam ke dasar sepenuhnya.

Mereka dah pun pakai vest keselamatan, jadi peluang untuk selamat memang tinggi kalau mangsa berlari keluar dan terjun sebab bot-bot nelayan dah ada di luar. 

Betapa patuhnya pelajar-pelajar ni pada arahan ketua (guru) dan kapten kapal walaupun mereka dah tahu peluang untuk terselamat makin tipis.

 

Alasan cabut lari bila dibicara, tak ingat apa-apa. Dipenjara 36 tahun

Berbeza dengan Edward Smith (Kapten Titanic) yang enggan keluar daripada kapalnya sehingga saat-saat akhir, Lee dilihat segera meninggalkan kapal dan sikap mementingkan dirinya itu membuakkan rasa amarah keluarga mangsa.

Lee dijatuhkan hukuman penjara selama 36 tahun atas kesalahan pengabaian ke atas penumpang sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian.

14 orang lagi krew kapal mendapat hukuman ringan atas kesalahan mengabaikan kapal dan penumpang. Hukuman yang tak setimpal dengan kehilangan 304 nyawa manusia yang patuh pada arahannya.

Menurut perkongsian di Facebook ni, keluarga mangsa sedih bila mengenangkan mangsa, kata-kata “Ikut arahan guru kamu. Kamu akan baik-baik saja” itu dia amat kesali sampai sekarang.

 

Baca : “Dia bawa ‘kawan’ melawat kami”- Anak Kapal Kongsi Pengalaman Seram Di Sea Mirror

Sea

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.