in

Inkues Zara Qairina: Diari Milik Allahyarham Bakal Jadi Tumpuan Hari Ini

diari zara qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ketiga inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini dijangka memberi tumpuan kepada sebuah diari yang didakwa milik Allahyarham.

Menurut peguam bela keluarga Zara, Shahlan Zufri berkata, seorang saksi dari Jabatan Kimia dijangka memberi keterangan mengenai dokumen berkenaan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.


Selain itu, dua pegawai perubatan juga berkemungkinan akan dipanggil.

“Salah seorang daripada mereka ialah doktor yang menerima dan merawat Zara Qairina di unit rawatan rapi, manakala seorang lagi ialah pakar neurologi,” kata Shahlan kepada News Straits Times.

Prosiding itu dijadualkan berlangsung selama 17 hari dan hari ini sudah masuk hari ketiga inkues.

WhatsApp Image 2025 07 26 at 09.12.28 681x719 1

Artikel berkaitan: Pakar Patologi Inkues Zara Qairina Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan Di Media Sosial

Artikel berkaitan: Individu Kongsi Lakaran Model 3D Lokasi Kematian Zara Qairina Untuk Orang Ramai Faham

Pemeriksaan tempat kejadian juga dijadualkan dilakukan pada Khamis di Papar, kira-kira sejam perjalanan dari Kota Kinabalu, tempat Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

Terdahulu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, dilepaskan sementara oleh mahkamah pada Jumaat selepas memberikan keterangan selama dua hari.

Pakar itu yang telah berkhidmat di HQE sejak 1998, telah menerima pelbagai ugutan daripada orang awam berikutan penemuannya berdasarkan bedah siasat dan pemeriksaan tempat kejadian.

Seorang pesara penjawat awam berusia 61 tahun dari Semporna juga telah ditahan berhubung isu itu dan dijangka direman atas ugutannnya terhadap Dr Hiu di media sosial.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan sama ada perlu menyediakan perlindungan kepada saksi atau tidak sepanjang prosiding inkues berlangsung susulan kejadian ini.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.