in

Inilah Pak Nasir, Berusia 63 Tahun Tetapi Masih Gagah Sertai Maraton Dari Kedah ke Johor!

Page Lari1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada masa kini, kebiasaannya, golongan tua atau muda lebih senang untuk mempunyai hobi yang santai sahaja untuk dilakukan pada hujung minggu. Namun, lain pula dengan lelaki ini yang telah mencecah kategori umur warga emas, namun masih memilih aktiviti yang aktif sebagai hobi di masa lapang.


Menurut Harian Metro, Staf Sarjan (B) Nasir Abas, 63, atau lebih mesra dengan nama Pak Nasir telah menjadi bualan masyarakat di Kedah dek kerana menyertai perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga musim bermula dari tahun 2015.

Lari2
sumber: harian metro

Larian yang bermula dari Stadium Darulaman di Alor Setar ke Stadium Shah Alam, Selangor sebelum pulang semula ke Alor Setar memakan jarak sepanjang 436 kilometer. Walau bagaimanapun, daripada tiga musim tersebut yang disertainya sebagai tanda sokongan kepada pasukan Lang Merah, Pak Nasir hanya berjaya merangkul piala kebanggaan itu pada tahun 2016.

Namun begitu, ramai mungkin yang tidak tahu bahawa Pak Nasir telah berjinak dalam dunia larian jarak jauh ketika masih berkhidmat dengan ATM sejak 20 tahun yang lalu. Pesara tentera yang pernah bertugas dengan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (JLJ) ini telah mewakili ATM dalam pelbagai acara maraton.

Lari1
sumber: harian metro

Selain itu, Pak Nasir akui minat mendalam terhadap larian jarak jauh telah menariknya untuk menyertai acara larian lain seperti Larian Bendera yang sering diadakan sempena bulan kemerdekaan, Larian Baton dan Larian Obor yang diadakan sempena Sukan Komenwel 1998 dan Sukan SEA 2001 dan 2017 serta Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2000, 2004 dan 2006.

Bukan itu sahaja, Pak Nasir yang ingin melakukan sesuatu supaya diingati, telah melakukan larian bersempena bulan kemerdekaan pada tahun 2002 dari 1 Ogos hingga 30 Ogos bermula di Alor Setar ke Rantau Panjang, Kelantan, kemudian meneruskan larian ke Johor Bahru dan pulang semula ke Alor Setar dengan jarak sejauh 1,754 km.

Lari3
gambar hiasan

Berbekalkan tenaga yang kuat bagi menamatkan larian itu, ternyata minatnya bukan sia-sia apabila Pak Nasir telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBOR).

“Kejayaan saya melakukan larian itu kemudian membuka mata masyarakat apabila tahun berikutnya dengan tajaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), saya melakukan larian Solo Borneo Run sejauh 2,068km dari Tawau ke Kuching selama 53 hari.”

Kongsi Pak Nasir, yang mempunyai isteri dan empat orang anak itu, larian dari Tawau ke Kuching adalah larian yang mencabar kerana laluan di Kaki Gunung Kinabalu dari Ranau ke Kundasang yang berbukit bukau dan memerlukan penggunaan tenaga yang lebih banyak.

Fuyo! Memang tabik spring dekat Pak Nasir!

Baca: Warga Emas Berbasikal Sejauh 10,000KM Dari Switzerland Ke Malaysia Untuk Bertemu Rakan

Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.