Sabtu lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengumumkan yang tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dimansuh sebagai langkah penstrukturan semula beberapa jabatan dalam PDRM.
Katanya, tiga pasukan khas tersebut membabitkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Ada yang melihat perkara itu sebagai pembaharuan dalam pengurusan PDRM namun ada juga yang tidak bersetuju.
Seperti lelaki ini dalam postingnya di facebook menyatakan, tindakan memansuh STAGG, STING dan Stafoc atas alasan wujud isu pertindihan kuasa, adalah sama sekali tidak relevan.

Ini penjelasannya lagi berhubung pemansuhan tersebut.
“Bukan semua anggota PDRM dapat dilengkapkan dengan peralatan dan persenjataan canggih dan moden.
Dengan adanya Unit Khas, penjimatan dapat dibuat dengan hanya pasukan khas mendapat lebih peruntukan untuk peralatan dan persenjataan. Itu kelebihan dari aspek ekonomi.
Lainlah kalau Malaysia ni kaya raya.Yang jadi sentri pun boleh pakai kelengkapan canggih.
Kelebihan kedua dari segi kepakaran. Pasukan elit sudah tentu diberi latihan yang advance untuk tugasan yang berkenaan. Bukanlah semua anggota PDRM tak boleh buat kerja, namun dengan ada pasukan khas kerja akan lebih mudah kerana yang menganggotai adalah orang yang PAKAR dibidangnya, ini membantu pasukan PDRM keseluruhannya.
Ambil contoh bidang perubatan.
Ada Doktor PAKAR dan ada doktor biasa-biasa. Sudah tentulah doktor pakar yang bersifat ELIT itu sangat diperlukan untuk kes-kes yang penting. Namun bukanlah bermakna doktor biasa tak boleh buat kerja.
Cuba kaitkan hal Kepakaran ni dengan profesion yang lain. Perkaranya sama.
Tidak timbul isu pertindihan kuasa.
Alasan tu tak relevan langsung.
Last Stand… Biar latihan jadi amalan. Biar mandi peluh, jangan mandi darah…”
Pada pendapat korang macam mana? Korang setuju ke dengan pemansuhan tiga pasukan khas PDRM ni?