in

“Ini dinamakan bapa syaitan” – Bapa Panas Baran Tampar Pipi Anak Sampai Tersembul Biji Mata!

Tamparan Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak itu kan anugerah daripada Tuhan. Sebab itulah kita kena jaga amanah ni dengan baik dan jangan sewenang-wenangnya pukul atau buat benda tak elok kepadanya.


Tapi lain pulak al kisahnya dengan seorang bapa dari Mexico City ini apabila dia telah melempang pipi anaknya sampai tersembul biji mata budak tersebut, lapor Astro AWANI. Uish dah kenapa bapak budak ni??

 

Mata kiri budak tersembul keluar dari soket??

Akibat daripada tamparan tersebut, mata kiri anak lelakinya tersembul keluar daripada soket mata. Ibu mangsa yang panik melihat kejadian berkenaan kemudian membawa anaknya ke hospital di pusat bandar Tlaxiaco, Mexico.

D Ovgpyucailliv
sumber: astro awani

Malangnya, mangsa gagal terima rawatan sewajarnya kerana hospital tersebut kekurangan doktor pakar. Disebabkan hal itu, budak dua tahun tersebut berisiko kehilangan penglihatannya. Alahai… 

 

Rupanya ada tumor pada mata anak, tampar memburukkan situasi

Kes ini kemudian mendapat perhatian pihak berkuasa yang seterusnya menjalankan siasatan terhadap kes yang telah berlaku pada sebulan lalu.

Menurut siasatan, impak tamparan kuat tersebut telah menyebabkan mata mangsa alami trauma periorbicular sehingga matanya membengkak dan tersembul daripada soket mata.

“Sebelum kejadian, ibu mangsa ada memberitahu bahawa terdapat bintik putih seakan-akan jerawat pada mata kiri anaknya.

“Namun selepas ditampar bapanya, bahagian mata kiri kanak-kanak terbabit mula membengkak dan matanya tersembul keluar.

“Kami percaya ada tumor pada bahagian matanya dan impak tamparan tersebut memburukkan lagi situasi kanak-kanak terbabit,” kata pihak hospital.

Pun begitu sehingga kini tak dapat dipastikan sama ada si bapa telah diberkas ataupun tidak.

Aih min tak fahamlah kenapa kena jadi kejam terhadap anak macam tu! Lempang muka orang tu bukan hobi ye, bak kata akak petir di atas. 

Baca: “Dah kena baru nak menyesal” – Anak 2 Tahun Kena Baham Dengan Puluhan Ekor Buaya Dibela Bapa

Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.