in

“Ini cyberbully!” – Ramai Netizen Desak Sugu Pavithra Tutup Channel Youtube Sebab…

Sugu5

Kita semua sekarang ni familiar dengan Youtuber yang namanya melonjak naik dalam sekelip mata kerana berjaya menambat hati Malaysia dengan channel masakannya,siapa lagi kalau bukan Sugu Pavithra.

Meraih jumlah subscriber sehingga lebih daripada 300K dalam hanya masa beberapa bulan sahaja. Biasanya kalau nama kita melonjak naik, pasti akan ada orang yang dengki dan iri hati tanpa sebab.

Sugu Pavithra juga tak terlepas daripada terkena tempias ini, tak sangka rupa-rupanya ada haters memberi kata-kata negatif kepadanya tanpa kita sedari.

 

Ada satu komen yang telah di pinned oleh Sugu Pavithra sendiri dan komen itu mendapat perhatian netizen dan dikongsikan di Twitter.

Dikatakan, komen-komen yang ditulis dengan bahasa Tamil itu sebenarnya berbaur kecaman, mereka sampai paksa Sugu untuk tutup channel miliknya sebab tak suka Sugu kongsikan resipi-resipi yang dibuat itu kepada orang luar.

Ex4Wigsxkaeial8

Sebagai golongan yang tak faham dengan bahasa ini, ramai yang mati-matian anggap komen itu memberikan kata-kata sokongan.

Bagaimanapun, bukanlah semua tapi ada segelintir yang mendesaknya melakukan perkara itu kerana bagi mereka resipi-resipi tersebut patut dikongsikan kepada orang-orang terdekat sahaja.

Bila komen ini telah didedahkan, ramai warganet yang terkejut dan tak sangka ada juga orang dengki macam ni.

 

Jahat nak makan sedap sorang-sorang je! – Netizen

Sugu Sugu2 Sugu3

Tak apalah, kami team Lobak Merah memang support Sugu, kami harap Sugu teruskan kongsikan resipi-resipi yang enak untuk rujukan kami rakyat Malaysia.

 

Baca : “Comel gila!” – Pasangan Jepun Cuba Resipi Kari Ayam Sugu & Onde-onde Untuk Desert Buat Netizen Bangga

Suguuuuu

 

Sumber: Twitter