Media antarabangsa menyifatkan Presiden Russia, Vladimir Putin sebagai antara pemimpin yang paling digeruni dan paling berkuasa di dunia.
Dan ketika wabak berbahaya COVID-19 melanda seluruh dunia ketika ini, langkah Moscow dibawah pimpinan Putin dalam menangani penularan jangkitan itu menjadi tumpuan dunia. Ia merupakan antara negara terawal yang menutup pintu sempadannya terhadap kemasukan pelancong daripada China.
Selain itu, dalam satu rakaman video milik RT yang dimuatnaik seorang netizen menunjukkan bagaimana Putin menyelesaikan isu kenaikan harga topeng muka di negara itu setelah pihaknya menerima aduan daripada orang awam.
How did Putin deal with mask price surge?
It's so Putin🙃#COVID19 #MaskUp #coronavirus #RussianPresident pic.twitter.com/UKH9PPCcBa— Claire Chen (@ClaireRChen) March 19, 2020
Masalah itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Russia, Tatyana Golikova dalam satu mesyuarat bersama Putin pada awal Februari lalu.
Golikova berkata, terdapat farmasi menaikkan harga topeng muka antara 70 ke 100 ruble — sedangkan harga asalnya cuma 1.5 ruble.
Jawapan Putin mudah.
Batalkan saja lesen perniagaan semua farmasi yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan ketika musim krisis, sekali gus menunjukkan bahawa Putin langsung tidak akan tunduk kepada mana-mana gergasi perniagaan di negara yang dipimpinnya itu.
Rakaman itu turut mendapat perhatian netizen, yang rata-ratanya memuji ketegasan Putin dalam membuat keputusan mengenai satu-satu perkara.
Untuk rekod, Russia hanya mencatatkan 306 kes yang disahkan jangkitan COVID-19 setakat ini.
Baca: Filipina ‘Halau’ Balik Rakyat China, Russia Pula Gantung Penerbangan Dari Wuhan