“Ini bukan sempoi, ni selekeh” – Pakai Kain Pelikat & Kain Batik Ke Pawagam, Nadzmi Adhwa & Ardell Kena Kecam Dengan Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa tak kenal dengan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ni, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa? Dorang antara pasangan yang netizen puji sebab sempoi je kalau ke mana-mana.

Gaya sempoi mereka baru-baru ni dapat perhatian ramai apabila Nadzmi memuat naik gambar dia dan isterinya di Instagram menonton filem Anak: Perjanjian Syaitan di wayang dengan memakai kain pelikat dan batik je. Seriusss laa! 

 

“Ni bukan sempoi dah ni… Kita dekat mana-mana ada etika berpakaian. Boleh fikir kot” 

Meskipun terlihat comel, namun ada di kalangan netizen yang berpendapat gaya yang ditampilkan Ardell dan Nadzmi ni macam keterlaluan sikit sebab mereka nampak selekeh dan tak kena majlis. 

Malah ada yang cakap kalau nak sempoi sekalipun, kenalah kena dengan tempat yang mereka nak pergi. Kalau takat nak pergi pasar kat depan umah tu takpelah gini. Ish, ish, ish…

Sumber: Twitter

 

“Sekali dah dapat perhatian, lapar perhatian lagi la” 

Tak cukup dengan tu, ada juga yang cakap pasangan ni sengaja je pakai pakaian macam tu sebab mereka mahukan perhatian netizen. Pulak… 

Sumber: Twitter

Kalau korang onz tak pakai kain pelikat ni pergi wayang? Apa pendapat korang? 

Baca: “Masa tak kawin elok je bertepuk tampar” – Netizen ‘Bitter’ Lihat Nadzmi & Ardell Malu-Malu Sarung Cincin Kahwin?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!