in

“Ini Baru Betul Ibu Mentua Ku”- Menantu Mengaji Depan Ibu Mentua, Ulang Bacaan Sampai Betul

Untitled Project 86

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tegas, garang dan ada rotan. Itulah yang selalu digambarkan pada guru mengaji yang kebiasaannya mengajar mengaji Al-Quran.


Pastinya, ramai yang mempunyai pengalaman mengaji dengan guru yang garang dan tegas sehingga boleh terlupa bacaan yang sebetulnya.

Tular baru-baru ini, satu video seorang menantu mengaji dihadapan ibu mentuanya yang juga seorang guru mengaji terpaksa mengulang bacaan kerana tidak mengikut tajwid.

Artikel berkaitan:“Kena marah pun comel” – [VIDEO] Ramai Cair Tengok Keletah Anak Ini Mengaji

Artikel berkaitan: Lelaki Kecewa Guru Mengaji Kenakan Yuran RM200, Dakwa Tiada Yang Ikhlas Macam Zaman Dulu

Dalam video berkenaan, menantu wanita itu siap berpakaian kain batik dan bersiap sedia untuk mengaji.

Namun, yang membuatkan netizen terhibur reaksi menantunya yang mengulangi bacaan ayat itu berulang kali dan ayat itu baru permulaan.

Sempat menjeling kearah isterinya seolah meminta bantuan untuk menghabiskan sesi mengaji.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen dan juga komen.

“Bila nak khatam tu?

“Member dah tak boleh duduk diam dah.

“Anak dia boleh ajuk-ajuk pulak,” antara komen netizen.

Dengar cerita sampai sekarang abang tu ulang-ulang bacaan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.