in

Ini 9 Dokumentari ‘Crime’ Paling Best Korang Kena Tengok, Meremang Weh!

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang peminat cerita crime ke? Kalau korang suka tengok dokumentari tentang jenayah-jenayah sebenar yang berlaku dan sekarang ni tengah tak tahu nak apa yang best, jangan risau!

Dekat bawah ni adalah kompilasi dokumentari jenayah yang sangat berbaloi untuk korang tonton. Jom baca!


9 Dokumentari ‘Crime’ Paling Best Korang Kena Tengok!

1. American Murder: The Family Next Door

Apa yang mendorong Chris Watts untuk membunuh dua anak perempuannya dan seorang anak lelaki yang masih di dalam perut serta isterinya sendiri? Dokumentari dari Netflix ini akan menceritakan secara detail tentang pembunuhan yang lelaki ini lakukan dan siasatan untuk mengetahui apa yang membuatkan lelaki ini tergamak untuk lakukan sesuatu yang kejam.

2. Memories of a Murder: The Nilsen Tapes

Seorang pembunuh bersiri Dennis Nilsen yang telah membunuh sekurang-kurangnya 12 kanak-kanak dan remaja lelaki telah menceritakan tentang jenayah ngerinya melalui pita audio dari sel penjara.

3. Strong Island

Dokumentari ini menceritakan tentang pembunuhan William Ford Jr. dan bagaimana kematiannya itu tak mendapat keadilan sewajarnya sehingga menghancurkan keluarganya.

4. The Imposter

Seorang conman Frederic Bourdin telah menipu satu keluarga dari Texas dengan mengatakan bahawa dia merupakan saudara mereka yang telah hilang diculik pada tahun 90-an. Filem ini menunjukkan tentang kejahatan penipuan Bourdin dan kesannya terhadap keluarga tersebut.

Mesti korang terfikir, “siapa yang akan percaya dengan benda ni?” Tapi bila korang tengok filem ini, korang akan sedar macam mana hebatnya rancangan penipuan dia.

5. There’s Something Wrong with Aunt Diane

Dokumentari ini menunjukkan cerita disebalik kemalangan jalan raya tragik yang berlaku pada 2009 yang membunuh pemandunya Diane Schuler dan tujuh penumpang lain termasuk anak perempuannya, tiga anak buahnya dan tiga penumpang dalam kereta yang dilanggarnya.

Kemalangan itu berlaku selepas wanita ini dikatakan memandu dalam keadaan mabuk dan telah masuk ke arah bertentangan sehingga melanggar sebuah SUV.

6. Amanda Knox

Amanda Knox seorang wanita Amerika yang belajar di Itali dan bekas teman lelakinya telah dituduh membunuh seorang pelajar lain. Dokumentari ini menceritakan mengenai bagaimana wanita ini didakwa dan akhirnya selepas bertahun-tahun, dia bebas dari pertuduhan tersebut.

7. Fyre: The Greatest Party That Never Happened

Fyre Festival telah diiklankan sebagai festival muzik terbesar yang akan diadakan. Festival yang diadakan di pulau persendirian ini juga turut diiklankan oleh model dan selebriti terkenal sehingga ramai yang membeli tiket untuk turut menyertai festival tersebut. Tanpa disedari, kesemua model, selebriti dan orang-orang yang menyertai festival tersebut telah ditipu oleh Billy McFarland dan hanya sedar bila dorang dah sampai pulau tu.

8. Our Father

Our Father mengisahkan tentang kisah Dr. Donal Cline yang telah meletakkan benihnya kepada pesakit-pesakit wanitanya tanpa pengetahuan mereka. Jenayahnya ini hanya diketahui selepas “anak-anaknya” berjumpa dengan satu sama lain di dalam talian.

9. Have You Seen Andy

Andy Puglisi merupakan seorang kanak-kanak lelaki dari Massachusetts yang diculik dari kolam renang di kawasan kejiranannya pada tahun 1976 dan tak pernah ditemui sehingga hari ini. Rakannya yang juga seorang pembikin filem yang masih dihantui dengan kehilangan Andy telah membuat dokumentari ini untuk mencari jawapan.

Menarikkan dokumentari-dokumentari ni? Mana satu yang korang nak tengok dulu? 

Sumber: Parade

 

Baca: Ini 7 Filem ‘Kontroversi’ Yang Haram Ditayangkan Di Pawagam Malaysia

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.