in

Ini 7 Filem Terbaik Malaysia Yang Wajib Korang Tonton

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi menghargai pembuat filem dalam industri perfileman Malaysia, satu majlis anugerah yang diberi nama Festival Filem Malaysia atau singkatannya FFM telah diadakan. Ia juga merupakan majlis penganugerahan tertua di Malaysia.

Dah tentunya kemuncak FFM adalah anugerah yang diberikan kepada Filem Terbaik tahun tersebut dan pemilihan filem terbaik ini perlulah menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan iaitu dari segi pengarahan, penerbitan, lakonan, penulisan dan lain-lain.


Filem-filem yang diangkat sebagai Filem Terbaik setiap tahun ni mestilah dah dijamin mutu pembikinannya. Jadi kali ni min nak senaraikan antara filem-filem terbaik Malaysia yang korang memang kena tengok. Jom!

7 Filem Terbaik Malaysia Korang Yang Wajib Korang Tonton

1. Tiada Esok Bagimu

Tiada Esok Bagimu

Filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin ini telah berjaya merangkul kategori Filem Terbaik ketika FFM dianjurkan buat julung-julung kalinya.

Tiada Esok Bagimu ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Jins Shamsudin, Sarimah Ibrahim dan Noor Kumalasari.

Ia mengisahkan tetang seroang keluarga kaya yang kehilangan anak perempuannya selepas terlibat dalam kemalangan. Ekoran ini keluarga ini telah mengambil seorang anak angkat yang diberikan nama sama dengan anaknya yang meninggal iaitu “Noraimy”. Noraimy mempunyai seorang abang kembar yang dibesarkan oleh keluarga Kristian.

2. Perempuan, Isteri dan…?

Perempuanisteri.poster02

Filem arahan pengarah tangan emas U-Wei Hj Shaari ini merupakan filem drama yang dibintangi oleh Sofia Jane dan Nasir Bilal Khan. Filem ini berjaya meraih lima anugerah dalam FFM yang ke-11 pada tahun 1994 termasuk Filem Terbaik.

Ia mengisahkan tentang Zaleha yang melarikan diri ketika hari perkahwinannya dengan Amir. Bengang ditinggalkan, Amir telah menjejaki Zaleha di Thailand dan mendapati dia telah berkahwin dengan lelaki lain. Amir telah membunuh lelaki tersebut dan menjual Zaleha kepada seroang bapa ayam.

Enam bulan kemudian, Amir telah mencari Zaleha semula yang telah pun menjadi pelacur. Ingin membalas dendam, Zaleha telah memerangkap Amir sehingga mereka terpaksa dinikahkan.

3. Layar Lara

Layar Lara 01

Filem arahan Shuhaimi Baba ini dibintangi oleh Ida Nerina, Sidi Oraza, Azean Irdawaty dan Man Bai. Layar Lara telah memenangi sembilan anugerah termasuk Filem Terbaik di FFM ke-13.

Filem ini mengisahkan tentang pelakon muda yang “tak sedar diri” belajar mengenai erti persahabatan, rasa hormat dan pengabdian seni sebenar melalui hubungannya dengan pengarah idealistik Malik, pembantu produksi Daud yang sebelum ini pernah digodanya. Daud juga mempunyai kaitan dengan Zai, seorang seniwati filem era 1950-an yang menjadi pernah menjadi idola ramai.

4. Sepet

Mv5Bmgzhzjbmntmtzmi1My00Mdi4Lwjkzjctmtm2N2E3Nzq4Mgq2Xkeyxkfqcgdeqxvymzy3Mdu4Ndk@. V1

Filem arahan Yasmin Ahmad ini telah berjaya merangkul Anugerah Filem Terbaik di FFM ke-18. Sepet turut dibintangi oleh Sharifah Amani dan Ng Choo Seong.

Filem ini mengisahkan percintaan di antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Namun terdapat beberapa konflik yang perlu dilalui oleh pasangan ini sehingga mereka terpaksa berpisah.

5. Kala Malam Bulan Mengambang

Mv5Bodkzmmqzmdutmznlos00Nmm1Lwizywetn2Nknme4Mgi1Zthkxkeyxkfqcgdeqxvymtmzmdi1Ndaw. V1

Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid ini merupakan filem hitam putih pertama yang berjaya memenangi Anugerah Filem Terbaik di FFM.

Filem neo-noir komedi ini mengisahkan tentang Saleh, seorang wartawan yang diberhentikan kerja oleh syarikat penerbitannya. Bagi membuktikan yang dia masih lagi berbakat, Saleh telah pergi ke sebuah kampung bagi menyelesaikan misteri kehilangan pemuda-pemuda di kampung tersebut.

6. Bunohan

Mv5Bywzkmtuwngutm2I5Ms00N2Ezlwe2Nmutnwe1Ndmzmwnjymvll2Ltywdll2Ltywdlxkeyxkfqcgdeqxvynjqzmzy3Otm@. V1 Fmjpg Ux1000

Filem arahan Dain Iskandar Said yang dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron ini bukan sahaja berjaya memenangi Filem Terbaik di FFM ke-25, ia juga turut berjaya menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto pada tahun 2011 dan dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia untuk Anugerah Akademi 2012.

Filem aksi ini mengisahkan tentang tiga adik beradik, Adil, Bakar, Ilham dan bapa mereka yang semakin uzur. Adil atau Bunga Lalang merupakan peninju tomoi telah menyertai pertandingan tinju yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Manakala Ilham merupakan seorang pembunuh upahan telah diupah untuk memburu adiknya sendiri dan Bakar yang berperwatakan soleh ini telah menjaga bapa mereka yang uzur namun mempunyai niat buruk untuk mendapatkan kekayaan.

Ketiga-tiga mereka telah bertemu kembali di kampung mereka yang dinamakan sebagai BUNOHAN dan di sana mereka perlu imbau semula memori silam.

7. Lelaki Harapan Dunia

1 3393058200

Filem arahan Liew Seng Tat ini berjaya memenangi lima anugerah termasuk Filem Terbaik di FFM ke-27. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon lama Wan Hanafi Su, Jalil Hamid dan Harun Salim Bachik.

Lelaki Harapan Dunia mengisahkan tentang kekacauan yang berlaku di sebuah kampung apabila penduduk kampung yang sedang memindahkan sebuah rumah kampung dari dalam hutan ke kampung untuk Pak Awang. Penduduk kampung di sana mengatakan bahawa rumah tersebut dihuni oleh hantu tapi sebenarnya terdapat seorang pendatang dari Afrika yang telah duduk di dalam rumah tersebut secara sembunyi.

 

Baca: “The real Badang” – Ini 5 Filem Wahid Satay Yang Semua Peminat Filem Klasik Kena Tengok!

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.