Bulan Ramadan atau disebut sebagai bulan puasa merupakan bulan yang mana umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan telah pergi pun meninggalkan kita. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, masa inilah ramai akan berebut untuk berbuat kebaikan.
Tidak hanya secara tradisional seperti memberikan makanan untuk berbuka, menghantar makanan ke masjid dan lain-lain, kini terdapat pelbagai lagi cara mudah untuk berkongsi rezeki dan membuat kebaikan dan sepatutnya ianya tidak terhenti setakat Ramadan sahaja.
Salah satu contoh ialah inisiatif yang dilaksanakan oleh Grab Malaysia bagi menggalakkan dan menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan lagi amal kebajikan dengan kempen ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat‘.
Menerusi inisiatif Grab ini, orang ramai yang menggunakan aplikasi berkenaan dapat menukar penjimatan yang mereka perolehi melalui GrabRewards untuk dijadikan sumbangan untuk pelbagai komuniti.
Menariknya, setiap sumbangan yang diberikan sepanjang Ramadan dan Hari Raya akan dipadankan oleh Grab Malaysia dan disalurkan kepada badan amal dan organisasi seperti Islamic Relief Malaysia, PERTIWI, MERCY Malaysia dan banyak lagi.
Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab menawarkan tawaran dan diskaun hebat di seluruh perkhidmatannya seperti :
- Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab – Memastikan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab juga diingati, Grab memberi ganjaran kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi dengan baju batik edisi terhad eksklusif, direka oleh Firdaus Nordin.
- Tawaran Makanan Eksklusif dengan GrabUnlimited – Nikmati penjimatan tambahan untuk berbuka puasa dan juadah kegemaran Ramadan dengan diskaun sehingga 50%, hanya dengan GrabUnlimited yang sekarang ditawarkan dengan harga 1 sen untuk tempoh terhad!
*Petua pro Grab: Korang boleh gunakan “GrabFood diskaun 50% dengan Tawaran Hangat + baucar FreeDel” dengan menjadualkan pesanan pada jam 8 malam!
- Glam Raya Bersama Grab – Rakyat Malaysia yang ingin menaik taraf fesyen Raya mereka boleh menantikan pratonton khas beberapa trend terkini secara eksklusif di GrabLive.
- GrabMart Resepi Ramadan On-The-Way – Bagi yang tercari-cari cara baharu dan kreatif untuk hidangan Ramadan di rumah, Grab bekerjasama dengan Chef Naem untuk menampilkan resipi mudah antaranya Dumpling Ayam Masak Merah dan Lontong Goreng Pedas Makanan Laut.
- Jimatkan perjalanan perayaan – Sama ada korang plan untuk balik kampung atau habiskan cuti dengan makan angin, korang boleh saving banyak kalau gunakan Grab:
- Grab Travel Pass: Nikmati tawaran hebat untuk perjalanan Grab, penerbangan, hotel dan tarikan di seluruh negara, sekarang ni ada offer harga pengenalan istimewa RM4.90 sahaja.
- Intercity: Yang ni mungkin ramai tak tahu lagi sebab baru diperkenalkan untuk berikan kemudahan dan pilihan perjalanan untuk rakyat Malaysia, nikmati potongan 10% daripada tiket bas dan/atau feri anda melalui Intercity.
- Dapatkan ganjaran ketika menghantar hadiah – Sama dengan perayaan lain di Malaysia, orang ramai pastinya ada juga yang ingin memberikan hamper ataupun hadiah kepada insan tersayang keluarga dan sebagainya. So, Grab memperkenalkan dua cabaran baharu:
- GrabGifts Challenge: Dapatkan GrabRewards dan baucar tambahan hanya dengan menghantar hadiah kepada orang tersayang sama ada yang dekat ataupun jauh!
- GrabExpress Super Sender Challenge: Jimat lebih RM150 setiap bulan dan sahut cabaran untuk memenangi bahagian hadiah bernilai RM35,000!