in

Ini 6 Fakta ‘Apartment’ Yang Diguna Untuk Shooting Pengabdi Setan 2, Pelakon & Krew Siap Kena Kacau?

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang dah tengok ke belum sekuel filem seram Joko Anwar yang baru ditayangkan minggu lalu, Pengabdi Setan 2: Communion?

Kalau korang dah tengok, korang mesti tahu kan yang filem kali ini kebanyakannya berlaku di sebuah apartment di tepi pantai.


Untuk pengetahuan korang, penggambaran Pengabdi Setan 2 ini telah dibuat di satu bangunan tinggal terletak di Bekasi iaitu 30km dari Jakarta. Takde ke tempat lain nak buat? Tachod!

Sejak filem ini mula ditayangkan di Indonesia, ramai penonton yang telah mengambil peluang untuk pergi sendiri ke bangunan tersebut dan cuba untuk masuk ke sana namun kecewa kerana ia telah pun ditutup dari orang ramai sejak beberapa tahun lalu.

Jom kita baca cerita atau fakta disebalik bangunan seram ni!

Fakta Rusun Pengabdi Setan 2 Proyek Negara Yang Terbengkalai Selama 15 Tahun

1. Dibina pada tahun 2007 sebagai Program Pemerintah

Menurut Tribun News, bangunan ini telah didirikan sebagai satu projek bekas Presiden Susilo Bambang Yudoyo yang mahu membina 10 rusunami (rumah susun sederhana milik) di kawasan Pulo Gadung, Jakarta Timur.

Namun begitu projek ini telah dihentikan tanpa sempat disiapkan sepenuhnya tanpa sebab yang diketahui.

2. Cari lokasi shooting berbulan-bulan

Pengarah Pengabdi Setan 2, Joko Anwar dikatakan telah mengambil masa berbulan-bulan untuk mencari lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat utama filem seram ini dan akhirnya memilih rusunami ini kerana karakternya sesuai dengan jalan cerita yang ingin disampaikan. Kalau dorang panggil min jadi pelakon, memang reject terus! Kalau je…

3. Tingkat 7 paling berhantu sebab…

Satans Slaves 2Trailer@2000X1270 696X442 1

Menerusi temubual bersama penjaga bangunan ini, sejak filem ini mula ditayangkan ramai yang cuba masuk ke dalam bangunan ini namun ia telah ditutup kerana bimbang keselamatan orang ramai.

Malah ketika penggambaran filem ini dibuat, pihak produksi hanya dibenarkan untuk guna tingkat enam ke bawah sahaja.

Diperkatakan, sebelum ini seorang wanita yang mengalami masalah tekanan jiwa telah melarikan diri ke bangunan tersebut dan mendakwa anaknya yang diculik telah dibawa ke tingkat 7. Yihhhh

4. Tara Basro rasa macam ada yang “perhati” sepanjang penggambaran

Pelakon utama filem ini, Tara Basro yang membawa watak Rini Suwono berkata, sepanjang mereka menjalani penggambaran dia rasakan seperti sentiasa ada mata-mata yang memerhati.

Bukan itu je, Tara turut mengatakan penggambaran kali ini lebih menyeramkan dari filem pertama ekoran lokasi yang lebih seram dan bahaya.

5. Pelakon dan krew diganggu ketika penggambaran

008Ab48Ae4

Ketika wawancara bersama Ratu Felisha yang membawa watak Tari dalam filem ini, dia memberitahu bahawa beberapa pelakon dan krew filem ini telah mengalami kejadian aneh, lapor Hosp.id.

Salah satunya, produser filem ini dan pelakon kanak-kanak Nafiza yang memegang watak Wina turut pernah diganggu.

Dikatakan, Nafiza pernah menangis ketika menjalani penggambaran kerana melihat pintu di sana terbuka dan tertutup sendiri.

Selepas ditenangkan, pelakon cilik tersebut turut mengakui yang dia ternampak ada bayi sedang merangkak di tembok bangunan tersebut. Allahu seramnyaaa

Selain itu, salah seorang krew juga pernah mengalami kejadian aneh sehinggakan seluruh krew produksi membuat perjanjian untuk tidak bercakap mengenai perkara itu lagi. Alahai entah apalah yang jadi lagi kan? Takkan lagi seram dari nampak bayi merangkak?

6. Bangunan jadi tempat letak kereta pengunjung pasar

Kini, bangunan yang dikatakan berhantu ini telah pun dijadikan tempat parkir pengunjung yang ingin pergi ke pasar Sumber Arta yang terletak di sana.

Selain itu, rumah-rumah di bahagian bawah pula digunakan oleh peniaga untuk meletakkan barang-barang perniagaan mereka.

Korang boleh tengok sendiri video yang dikongsikan oleh Kompas ini menunjukkan keadaan bangunan tersebut selepas penggambaran filem ini dijalankan.

Nampak pun bangunan ni memang dah usang sangat. Kalau dibayar pun memang min tak berani nak jejak!

 

Baca: Seram! Ramai Berkunjung Ke Flat Yang Tiada Penghuni Ini Lepas Jadi Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2

Screenshot 2022 08 15 At 3.56.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.