Alhamdulillah, dapat lagi kita raikan bulan Ramadhan, waktu dimana kita dapat ‘mencuci’ segala dosa kita sepanjang sebulan di bulan yang mulia ini.
Selain dapat menahan diri daripada melakukan sebagai perkara yang membatalkan puasa, bulan Ramadhan inilah peluang untuk kita menambahkan lagi keberkatan dengan melakukan amal.
Pasti ramai dah mula terfikir, bila masuk sahaja bulan puasa ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka yang dah bekerja ini adalah dengan membayar Zakat Fitrah.
1. Zakat Fitrah tu apa?
Mungkin ramai dah tahu, tapi min perjelas dengan menggunakan cara penyampaian yang lagi senang dan mudah untuk korang faham sebab min yakin ada ramai yang tak perasan dalam bab ni, terutamanya dalam kalangan orang muda.
Seperti yang kita sedia maklum, Zakat Fitrah ini adalah satu kewajipan untuk individu tidak kira lelaki atau perempuan muslim yang mampu.
Tujuannya, selain untuk membersih dan menyucikan jiwa kita yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia, ia digunakan untuk memberi makanan kepada golongan susah bagi mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
2. Zakat Fitrah hanya RM 7, RM 14, RM 21 ikut beras yang kita makan
Cakap pasal Zakat Fitrah, mesti korang ingat hanya bayar RM 7 je, tapi kurang jelas dan peka lebih lanjut pasal Zakat Fitrah ni kan?
Ok, secara amnya, ya, memang Zakat Fitrah ini memang bayaran dia harga RM 7, TETAPI ia bergantung kepada jenis beras yang kita makan.
Kenapa? Ia boleh dikatakan sebagai pengukur kepada kebajikan bagi golongan yang berkemampuan seperti kita ni dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan asnaf fakir miskin.
Firman Allah SWT
“Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya” (Surah al-Baqarah[2] :184)
Habis tu macam mana nak tahu harga? Jom lihat e-poster dibawah
Satu info, andaikata ada ahli keluarga yang kena makan beras yang “berjenama” pendek kata harganya advance sikit atas faktor kesihatan, bayaran adalah mengikut kadar RM 7 kerana kadar bayaran mengikut harga beras dimakan ini hukumnya adalah sunat.
3. Apa hukum bayar Zakat Fitrah mengikut harga beras yang dimakan?
Hukumannya adalah sunat dan dalil galakan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW.
“Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra: Sesungguhnya kami di zaman Rasulullah SAW memberinya (membayar zakat fitrah) satu sha’ dari makanan yang dimakan, satu sha’ dari kurma. (Sahih Bukhari.)”
Jadi, kalau ada rezeki lebih apa salahnya untuk kita bayar mengikut harga beras yang kita makan ni, untuk pengetahuan terdapat lebih kurang 60,000 keluarga asnaf yang masih disantuni dan memerlukan di Selangor.
Sepanjang tahun 2021 ini, dalam bantuan Ramadhan dan Hari Raya Bagi Asnaf Fakir. Miskin & Muallaf 2021, sebanyak RM 28.0 Juta diperuntukkan kepada 61,315 kepada mereka.
4. Bagaimana nak bayar Zakat Fitrah?
Sekarang zaman dah makin canggih jadi macam-macam kaedah boleh buat pembayaran zakat, korang boleh bayar menerusi e-wallet dan online banking.
Antara tempat yang korang boleh bayar adalah :
- fpx.zakatselangor.com.my
- Touch N’ Go e wallet
- Boost
- Jompay
- MYEG
- Pos Online
- Internet banking & lain-lain
Jadi, tengah awal-awal Ramadhan ni, jom lah kita bayar Zakat Fitrah mengikut beras yang kita gunakan, Insyaallah lagi banyak kita memberi, makin berkat rezeki kita.
Tunaikan Zakat Fitrah di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan berpeluang memenangi voucher setel bernilai RM 50!
Senang je! Cuma ikut panduan ini!
- Tunaikan Zakat Fitrah dengan minimum bayaran RM 7
- Zakat dibayar di Lembaga Zakat Selangor melalui cawangan LZS & menggunakan kaedah bayaran tanpa tunai.
- Pembayaran Zakat Fitrah hendaklah dibuat pada sepanjang bulan Ramadhan 1442 H / (13 April – 12 Mei 2021)
- Penyertaan hanya sah untuk satu transaksi sahaja
- Sertakan bukti pembayaran Zakat Fitrah
LAMPIRKAN BUKTI PEMBAYARAN DI PAUTAN INI
Bayar dengan minimum RM 7, insyaallah rezeki akan berlipat kali ganda dan dapat pula menang hadiah ni, mana lah tahu kan?
Tapi kena ingat, andaikata nasib tak menyebelahi janganlah putus asa, dan perbetulkan niat kita, bayar dengan ikhlas dulu dan jangan harapkan kemenangan ini. Mudah-mudahan rezeki korang akan melimpah ruah lebih daripada yang ini, amin.