in

Ini 3 Peraturan Pelik & Tak Masuk Akal Kanye Tetapkan Untuk Isterinya Bianca Sensori

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tak tahu, selepas penceraian di antara Kanye West dan Kim Kardashian selesai pada tahun 2022 yang lalu, rapper ini telah pun berkahwin dengan seorang wanita bernama Bianca Censori.


Pasangan ini bertemu apabila Bianca mula bekerja sebagai pereka seni bina untuk jenama Kanye, Yeezy pada November 2020 selepas mendapat jemputan untuk bekerja bersama.

Mereka telah berkahwin secara rahsia pada Januari 2023 dengan mengadakan majlis tertutup di Beverly Hills. Walaupun Kanye dan Bianca telah membuat semua upacara perkahwinan seperti menukar cincin dan vows, pasangan ini tak pernah mendaftarkan perkahwinan mereka ini secara sah.

Artikel berkaitan: Kerjaya 5 Selebriti Hollywood Ini Musnah Sekelip Mata Hanya Sebab Benda Ini…

Artikel berkaitan: “Rap muzik iblis”-Gempar! Rapper Popular Kanye West Nekad Berhenti Jadi Penyanyi Rap Sebab…

Kanye beri peraturan untuk Bianca

Nypichpdpict000007041613.Jpg

Baru-baru ini, Daily Mail melaporkan bahawa terdapat sumber dalaman mengatakan bahawa Kanye telah menetap beberapa peraturan yang sangat tak masuk akal untuk isteri barunya ini sekaligus mengawal semua pergerakannya.

Sebelum ini, ramai yang mengatakan bahawa Kanye telah cuba untuk memanipulasikan Bianca supaya wanita ini dapat menjadi versi radikal bekas isterinya, Kim Kardashian.

Sumber tersebut juga turut memberitahu bahawa Bianca sekarang dah tak ada pendirian sendiri dan hanya menurut kata suaminya kerana penyanyi itu telah menjanjikan bahawa dia akan mendapat status royal sekiranya wanita ini terus mendengar katanya.

Dekat bawah ni adalah antara peraturan yang ditetapkan oleh Kanye untuk Bianca:

1. Tak boleh bercakap dengan orang luar

Exc Kanye West Ye Bianca Censori.jpg

Menurut sumber yang mendakwa antara rakan terdekat Bianca, selepas wanita ini bersama Kanye, beberapa rakan telah mencuba untuk menghubungi isteri Kanye ini kerana bimbang melihat dia seperti dikongkong.

Namun begitu, apabila dapat dihubungi, Bianca telah meminta rakan-rakannya ini untuk tidak sibuk dengan hal dia dan turut mengatakan rakan-rakannya ini cemburu dengan populariti yang diraihnya sekarang.

Menurut salah seorang rakannya, Bianca merupakan seorang yang suka bersosial dan berkawan dengan semua orang. Tapi sekarang dia tak seperti dulu.

Dia tak macam ni, dia seorang yang lantang bersuara dan sangat mesra. Kanye cuba untuk buat Bianca seperti Kim 2.0. Bezanya masa Kanye dengan Kim, dia memang dihormati dalam dunia fesyen. Tapi sekarang dia bukan siapa-siapa.”

2. Kawal pemakaian Bianca

F22Fd9D4B19D9D3F66E4431F9F5D72Cf19 Bgus 2656400 001.Jpg

Selain itu, Kanye juga turut didakwa telah mengawal pakaian isterinya ini. Ini dapat dilihat apabila pasangan ini pertama kali dilihat bersama pada Januari lalu apabila wanita ini kerap memakai baju ketat berwarna kulit atau baju yang terlalu terdedah.

Malah, Bianca juga pernah dilihat memakai pakaian berwarna kulit dan meletakkan bantal untuk menutup dadanya ketika berjalan di Itali.

Selain itu dia juga pernah dilihat memakai dress yang sangat pelik sehingga menutup hampir keseluruhan mukanya.

Perkara ini juga turut dilalui oleh Kim ketika dia berkahwin dengan Kanye apabila dia memberitahu bahawa bekas suaminya itu yang sentiasa menggayakan pakaiannya sepanjang mereka bersama.

Berbeza dengan Bianca yang dilihat sering mendedahkan kulitnya, Kim berkata dia banyak kali dipaksa untuk menukar baju sekiranya Kanye rasa dia terlalu mendedahkan badannya.

3. Kawal pemakanan

Bianca Censori.jpg

Manakala untuk makanan pula, Kanye dikatakan telah mengawal makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh isterinya itu.

Selain itu, Bianca juga diarahkan untuk selalu bersenam bagi menjaga bentuk tubuhnya walaupun Kanye tak pernah bersenam.

Sebelum ini juga, Kim pernah mengatakan bekas suaminya ini melarang dia untuk membawa telefon bimbit ketika keluar serta perlu habiskan makanannya dulu sebelum ambil apa-apa gambar.

Pun begitu, salah seorang sumber yang rapat dengan pasangan ini pula mengatakan bahawa mereka sangat menyayangi antara satu sama lain dan sukakan kehidupan mereka sekarang yang lebih peribadi.

Sumber: Daily Mail

Sumber: Geo TV
Sumber: Hola
Sumber: The Cut
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.