in

Kerjaya 5 Selebriti Hollywood Ini Musnah Sekelip Mata Hanya Sebab Benda Ini…

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai selebriti merasakan yang dorang ni tak boleh disentuh tapi dengan kecanggihan teknologi sekarang kuasa untuk menjatuhkan kerjaya mereka boleh dikatakan berada di tangan peminat. Lebih-lebih lagi dengan “cancel culture“, selebriti buat salah sikit je, terus boleh musnahkan populariti mereka dalam sekelip mata.


Dalam artikel kali ini, min akan kongsikan beberapa selebriti Hollywood yang telah mengubah populariti atas kesalahan yang dorang buat sendiri.

Kerjaya 5 Selebriti Ini Musnah Sekelip Mata Hanya Sebab Benda Ini…

1. Ellen Degeneres

Ellen.jpg

Pengacara dan pelawak Ellen Degeneres telah berjaya membuat ramai orang menerima sebagai sebahagian daripada komuniti LGBTQ. Malah, rancangannya yang dinamakan dengan namanya sendiri turut meraih populariti di serata dunia.

Berjaya bertahan sehingga 19 season Ellen sentiasa mengakhiri episodnya ini dengan memberi peringatan kepada orang ramai untuk bersifat baik kepada satu sama lain.

Namun begitu, Ellen nampaknya tak ikut nasihatnya sendiri. Ini kerana, beberapa minggu sebelum Covid-19 melanda dunia, beberapa pekerja rancangan Ellen telah mendedahkan yang dia mengamalkan budaya toksik di tempat kerja.

Antara beberapa aduan yang diterima termasuklah Ellen bersifat sombong dan kejam dengan pekerjanya. Bukan itu sahaja, beberapa tetamu jemputan yang kurang popular juga turut mendedahkan yang mereka diminta untuk tidak membuat eye contact dengan pengacara ini kerana dia tak suka dipandang serta layanan yang diterima ketika di belakang pentas juga tak sebaik yang diterima oleh selebriti popular.

Ekoran kritikan dan pendedahan ini, ramai penonton telah membuat keputusan untuk tidak lagi menonton Ellen sehingga rancangan tersebut terpaksa dihentikan.

2. Lance Armstong

Yjparmstrong1 Superjumbo

Atlet yang pernah dianggap sebagai hero Amerika sebenar ini telah mengecewakan peminatnya di serata dunia bila khabar angin mengatakan bahawa pemenang tujuh kali Tour de France ini telah menggunakan dadah jenis steroid ketika pertandingan.

Sepanjang kerjayanya, Armstrong telah menafikan dakwaan ini namun pada tahun 2012, bukti yang cukup telah dikemukakan membuktikan bahawa pelumba basikal ini telah menggunakan steroid dan disekat oleh jawatankuasa Olimpik dari menyertai pertandingan serta gelaran pemenang tujuk kalinya itu ditarik balik. Armstrong akhirnya mengaku dakwaan tersebut benar ketika temubual bersama Oprah pada tahun 2013.

3. Kanye West

Rapper dan produser Kanye West telah terlibat dengan pelbagai kontroversi sepanjang kerjayanya. Namun begitu, ia tetap tidak menghalang lelaki ini daripada terus berkarya malah telah membuatkan dia menjana lebih banyak pendapatan.

Tapi, satu kontroversi ini malangnya telah berjaya menjatuhkan nama Kanye West sehingga membuatkan dia hilang lebih dari US$1 billion gara-gara syarikat seperti Adidas, GAP dan Balenciaga membuat keputusan untuk menamatkan kontrak mereka dengan penyanyi tersebut.

Perkara ini berlaku selepas Kanye memuat naik ciapan pada Oktober 2022 menuduh Yahudi mengawal dunia dan memusnahkan semua orang yang tak mahu mengikut rancangan mereka. Ekoran ini, akaun Twitter dan Instagram Kanye telah disekat.

4. Jerry Lee Lewis

Jerry Lee Lewis Wives Shutter Embed 1.Jpg

Kerjaya ikon rock and roll Jerry Lee Lewis menjunam jatuh selepas dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Myra Gale Brown yang baru berusia 13 tahun ketika dia berusia 23 tahun. Tak cukup dengan itu, Myra juga merupakan sepupunya sendiri.

Tak dinafikan, perkahwinannya ini merupakan salah satu kontroversi terbesar dalam sejarah rock and roll. Ketika kontroversi ini melanda, Jerry Lee Lewis yang sebelum ini mendapat bayaran sebanyak US$10,000 untuk setiap persembahan telah jatuh kepada hanya US$250 sahaja. Walaupun perkahwinannya dengan Myra bertahan selama 13 tahun, kerjayanya tak pernah pulih kembali.

5. Amanda Bynes

The Terrible Life Of Amanda Bynes Nickelodeon Star Now In An Asylum

Berlakon sejak kecil lagi, Amanda Bynes pernah digelar sebagai American Sweetheart dan kerjayanya sebagai pelakon dilihat sangat berjaya apabila dia sering menjadi pelakon utama filem-filem remaja.

Namun begitu, kerjayanya mula merundum tanpa kawalan pada tahun 2012 apabila Bynes telah ditahan polis dan cuba untuk larikan diri selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Selepas dibebaskan dari lokap, dia telah ditahan sekali lagi kerana memiliki ganja dan mula mempamerkan perangai yang di luar kawalan termasuk sengaja cuba membakar rumah di kawasannya serta dituduh telah langgar dan lari sebanyak tiga kali dalam masa lima bulan.

Bynes kemudiannya didiagnos mengalami bipolar dan ibu bapanya telah mengambil alih pengurusan hartanya dan memberikan bantuan profesional untuknya.

 

Baca: 4 Selebriti Hollywood Yang Ada ‘Childhood Trauma’ Sebelum Popular

Ft Selebriti Ada Childhood Trauma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.