in

Ini 3 Fakta Mengenai ‘WANITA NASA’ Dr. Amani Salim Yang Ramai Salah Faham

Untitled Design 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini viral mengenai seorang anak tempatan, Dr.Wan Wardatul Amani Wan Salim atau lebih dikenali sebagai Dr. Amani Salim yang dikatakan sebagai wanita pertama di dunia bekerja dalam projek nano-satellite NASA.


Lebih membanggakan beliau juga dikatakan menjadi ketua projek kepada 28 saintis NASA. Perkongsian yang digembar-gembur ini telah membuat Dr. Amani Salim tampil menjelaskan perkara sebenar berkaitan berita tersebut.

Berikut adalah penjelasan Dr.Amani Salim yang di muat naik melalui akuan Twitter miliknya.

1. Saya bukan wanita pertama di projek nano-satellite NASA

Amani 1

Beliau ‘bukanlah wanita pertama yang menyertai dalam projek nano-satellite NASA’, bermaksud ada wanita lain yang join dahulu di dalam projek tersebut sebelum beliau menyertai.

Walau bagaimanapun, beliau masih ‘Wanita Malaysia Pertama’ yang menyertai projek berkenaan.

2. Saya tidak memimpin 28 saintis

Amani 2

Jelasnya, kenyataan yang mendakwa beliau memimpin 28 saintis NASA adalah salah sebaliknya beliau merupakan principal investigator bagi projek tersebut.

28 saintis hanyalah rekaan semata-mata

Amani 3

Turut diceritakan, angka 28 itu hanya ‘direka’ bagi menunjukkan ramai saintis yang terlibat. Bagaimanapun angka yang sebenar tidak diketahui kerana misi mereka hanya memastikan pelancaran roket berjaya dilaksanakan.

3. Bukan seorang pekerja di NASA

Amani 4

Dr. Amani Salim menjelaskan beliau bukanlah seorang pekerja NASA. Dilaporkan, ketika beliau sedang membuat penyelidikan di University Purdue beliau dilantik oleh ketuanya yang memegang jawatan besar di NASA untuk memimpin science payload sebagai penyelidik utama.

Amani 5

Lihat pada point 5 & 6, Dr. Amani Salim memberi info sedikit mengenai penglibatan beliau dalam projek SporeSat yang dikatakan mendukung misi bekalan komersial ke ISS.

Kami di Malaysia sentiasa menyokong dan menjadikan Dr sebagai seorang yang boleh dicontohi. Goodluck Dr. Amani Salim!

 

Keep inspiring more youngsters Dr

Amani 6

 

Baca: 10 Wanita ‘Pertama’ di Malaysia Yang Hebat Mencipta Nama

Capture 20200505 144428 Crop

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.