Pernah tak korang main angkat je apa yang ada kat ampai baju bila mak-mak suruh? Tak pandang kiri kanan, terus je angkat semua baju, asalkan settle…
Tapi jangan pulak korang anggap benda macamni, boleh buat main sesuka hati je. Macam baru-baru ni, viral kat Twitter yang mana seorang suami terpaksa pujuk isterinya hanya disebabkan salah faham yang berlaku.
Menerusi perkongsian dari @Aimzama_, isterinya menyangka dirinya membawa masuk perempuan lain ke rumah flat mereka hanya gara-gara salah angkat seluar dalam yang dijemur!
Aku ni duduk rumah flat. Haritu masa bini aku takde, aku nampak spender ni kat ampaian rumah aku. Aku pun kutiplah sebab aku ingatkan spender bini aku.
Sekarang dia tengah menangis kata aku bawa perempuan masuk rumah. Spender siapalah aku kutip ni. Balerrrr😭😭 pic.twitter.com/jSP5dHP8TG
— Aimzama (@Aimzama__) February 14, 2022
Menurut lelaki itu, dia menyangkakan seluar dalam berwarna merah jambu itu merupakan milik isterinya kerana berada di ampaian di rumahnya. Disebabkan itu, tanpa berfikir panjang, dia angkat bersama dengan jemuran lain yang telah kering.
“Mujur ada penyelamat. Syukurrrrrrrrrrr”
Dek kerana takut dan risau dengan keadaan isterinya, lelaki ini juga kongsikan perkara yang sama di Facebook. Hasil perkongsiannya di media sosial itu nyata memberi seribu satu makna kerana salah satu komen yang diterima merupakan dari jirannya.
Jirannya membuktikan bahawa lelaki itu tidak bersalah kerana seluar dalam itu dilihatkan telah berada diluar rumah berhari-hari lamanya! Ujarnya lagi, kemungkinan penduduk sekitar rumah lelaki itu yang letakkan di ampaian miliknya.
Tweet yang mendapat lebih dari 10K retweet dan juga lebih 14K likes itu nyata buat netizen terhibur malah siap ada yang bergurau dengan mengatakan sebagai seorang suami, haruslah ingat segala jenis pakaian milik isteri. Wah, wah… Suka betul korang ehh!
Comel jelah korang ni! Min doakan semoga terus bahagia sampai ke syurga okay? Hehehe…
Baca: “Cubalah kawin dulu” – Kecoh Di Twitter, Lelaki Sindir Wanita Tak Berhias Untuk Suami Di Rumah