in

“Ingatkan penat” – Berbulan Rasa ‘Benda Bergerak’ Dalam Mata Warga Emas, Doktor ‘Check’ Rupanya….

Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berbulan-bulan rasa ada ‘benda bergerak’ dalam mata, fikir mungkin itu cuma sekadar keletihan, tetapi lama kelamaan rasa makin tak selesa.



Amat terkejut apabila ‘benda bergerak’ yang ada dalam seorang lelaki berusia 60 tahun dari China ini rupa-rupanya ada 20 cacing gelang di dalam matanya.

Disebabkan itu, dia terpaksa dibedah selepas dia berjumpa doktor sebaik menyedari terdapat bendasing di matanya selama beberapa bulan.

 

Daripada haiwan boleh sampai ke manusia

0 Newsflash Insectseyes 02

Menurut sumber, pembedahan itu dilakukan di Hospital Perbandaran Suzhou di wilayah Jiangsu, timur China..

Pesakit dikenali dengan nama Wan itu mengatakan dia dia menyangka masalah itu akibat keletihan dan tidak menganggapnya serius.

1 Newsflash Insectseyes 04

Selepas rasa ketidakselesaan pada matanya itu makin melampau dia terus rujuk ke hospital berkenaan. Wan dibedah dan pasukan perubatan berjaya mengeluarkan 20 cacing gelang daripada matanya.

Cacing jenis ini biasanya memasuki badan melalui kulit atau mulut dan sebaik masuk ke dalam badan, ia boleh bergerak ke organ lain termasuk mata.

Ia akan bertindak sebagai parasit di satu bahagian mata yang dikenali sebagai conjunctival sab. Cacing ini jugaboleh berada pada saluran air mata anjing, kucing, arnab dan kadang-kadang mata manusia.

Berikutan dengan kejadian ini, pihak pakar mengingatkan kepada pmilik haiwan supaya jaga kebersihan haiwan peliharaan kerana parasit ini boleh berpindah kepada manusia.

 

Baca : Akibat Makan Makanan Mentah! Doktor Jumpa Cacing 3cm Dalam Tekak Wanita Lepas Makan Sashimi

Sashimi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.