Peminat KDrama mesti dah khatam siri terbaharu di Netflix iaitu ‘Can This Love Be Translated?’ (CTLBT) yang mula ditayangkan pada 16 Januari 2026 lalu, kan?
Siri pendek berdurasi 12 episod ini menampilkan pelakon hebat dari Korea Selatan dan Jepun seperti Kim Seon-ho, Go Youn-jung, Sota Fukushi dan Choi Woo-sung.

Artikel berkaitan: Tular Dialog Bahasa Melayu Dalam ‘Taxi Driver 3’, Lelaki Asal Semenyih Kongsi Pengalaman
Artikel berkaitan: “Malaysia mendunia” – Tular Dialog Bahasa Melayu Dalam Drama Korea Taxi Driver Musim 3
Ada pelakon asal Malaysia dalam CTLBT?
Namun tak ramai yang tahu, rupa-rupanya ada juga terselit satu watak dalam drama ini yang pelakonnya berasal dari Malaysia.
Kalau korang tonton episod 2 CTLBT, korang mesti perasan satu scene di mana watak utama telah ditemu ramah oleh seorang wartawan dari Singapura. Rupa-rupanya, wartawan itu bukanlah warga Singapura tetapi seorang pelakon Korea warga Malaysia bernama Amanda Au.
View this post on Instagram
Amanda dalam perkongsiannya di Instagram memaklumkan bahawa dia merasa bangga dapat melakonkan wataknya di samping pelakon hebat Korea Selatan seperti Kim Seon-ho dan Go Youn-jung.
Ya itu saya sebagai wartawan SG (Singapura) dalam Episod 2 siri drama Korea ‘Can This Love Be Translated?’ (walaupun saya orang Malaysia).
“Rasa sangat bangga dapat berganding dengan bintang hebat dan ikonik ini,” tulisnya.
Amanda kongsi pengalaman berlakon di Korea
Disebabkan ramai yang ingin mengetahui bagaimana Amanda boleh terjun dalam dunia lakonan di sana, pelakon yang sudah menetap di Korea Selatan selama sembilan tahun ini memaklumkan bahawa dia sebenarnya merupakan graduan perfileman dari negara tersebut.
Disebabkan dia sudah ‘berada’ dalam industri pada ketika itu, Amanda sudah kenal dengan banyak agensi lakonan yang membantunya untuk terlibat dalam drama bersiri Netflix berkenaan.
Mereka hanya beri skrip dan saya pun pergi ke audition itu. Saya tak sangka akan mendapat panggilan (dari pihak produksi), sebab itulah kebiasaannya.
“Lepas sekian lama saya terima jawapan dan pengarah suka akan lakonan saya. ‘Awak diterima untuk melakonkan watak itu. Tahniah!’
“Saya pun sebenarnya tak tahu itu drama apa. Skripnya sangat simple, tak ada konteks tentang drama apakah itu,” katanya.
Menurut Amanda lagi, dia telah menjalani penggambaran drama itu pada bulan Ogos ketika musim panas tahun 2024. Korang boleh tonton tentang penceritaan Amanda selebihnya di bawah.
@amandaau27 Replying to @Shera🍓 Finally replying to questions pt.1 because sorry I yap too much! Here’s mostly about the casting and Kim Seon Ho 😊 Will post part 2 soon about GYJ 🫶 #Netflix #canthislovebetranslated? #kimseonho #goyounjung #kdrama @Netflix Korea @김선호
“Patutlah slang bunyi Malaysian!”
Perkongsian Amanda telah menerima pelbagai komen daripada netizen Malaysia yang bangga dengan kejayaan pelakon ini di Korea Selatan dan memujinya kelihatan cantik dalam drama berkenaan.

Ini kali kedua rakyat Malaysia tular di media sosial berlakon dalam drama Korea Selatan selepas tular sebelum ini, Haiqal Azhar yang berasal dari Semenyih, Selangor muncul dalam drama Taxi Driver 3 dan melontarkan dialog Bahasa Melayu dalam siri tersebut.
