in

“Ingatkan dah sampai bulan”- Mahu Pihak Berkuasa Baiki Jalan Berlubang, Wanita Ini Sanggup Pakai Sut Angkasawan

F4 Astronaut E1659750223737

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan tentang seorang lelaki yang menanam pokok pisang di jalan yang berlubang, nampaknya kali ini ada cara yang lebih unik demi menarik perhatian pihak berkuasa untuk membaiki jalan yang rosak.


Menurut Malay Mail, seorang wanita di bandar Khon Kaen, Thailand telah bertindak memakai kostum seakan sut angkasawan di kawasan jalan berlubang kerana jalan di situ dah macam permukaan bulan.

Astronaut 2

Dikenali sebagai Chaluayjit Wansueb, wanita yang berusia 33 tahun itu difahamkan telah mengambil gambarnya dirinya memakai helmet dan sut hazmat berwarna putih sebelum foto tersebut dimuat naik di media sosial dengan kapsyen berupa,

Berita tergempar, sebuah planet baru telah ditemui di Jalan Ban Huai Jod-Nong No. Kami menunggu pihak berkuasa untuk bertanggungjawab dengan hal ini untuk keselamatan bersama,” katanya.

Dapat dilihat juga bahawa individu tersebut memegang bendera Thailand. Jalan sepanjang tiga kilometer itu dikatakan dipenuhi dengan lubang yang dikhuatiri akan membahayakan penduduk setempat.

Astronaut 3

Nampaknya, caranya itu tak sia-sia sebab pihak berkuasa akhirnya datang untuk membaiki jalan tersebut dengan segera setelah gambar dan video tersebut tular di pelbagai platform media termasuklah di televisyen negara itu.

Lepas ni kalau area rumah korang ada jalan berlubang, mungkin boleh cuba viralkan guna cara ni just in case laporan korang tak dihiraukan. 

Sumber: Malay Mail, Coconuts 

Baca: Lelaki Ini Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan Gara-gara Geram Jalan Berlubang

Astranaut 1

 

Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.