in

“Ingat 1 tapi 10” – Wanita Terkejut Makan Nasi Kerabu ‘Lauk’ Dawai Kokot

Ft Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah viral baru-baru apabila seorang wanita terjumpa satu bendasing dalam nugget di sebuah restoran, muncul pula satu lagi kes bendasing dalam makanan seorang wanita ini.


Wanita tersebut hampir-hampir mengalami kecederaan apabila nasi kerabu yang ditempah menerusi aplikasi dalam talian itu mengandungi dawai kokot.

Bukan 1 tapi 10 dawai kokot

Menerusi Kosmo! Online, wanita tersebut kongsikan gambar itu di Facebook miliknya, dia mula perasan ketika mengunyah makanan itu.

“Jumpa masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat tulang, rupanya (dawai kokot). Terus report kat Grab Food dan Grab Food terus telefon.”

Mungkin berlaku kekhilafan jika terjumpa satu, tapi wanita ini menemui 10 dawai kokot dalam makanan dia. Wanita itu segera buat aduan dekat aplikasi pesanan makanan sebelum menghubunginya.

Screenshot 2023 01 30 164259

“Ingat satu je (dawai kokot) tapi apabila cari-cari lagi dalam nasi semua ada 10 dawai kokot ditemui.”

Perkongsian tersebut tular dan rata-rata netizen kecewa dengan sikap cuai dari aspek keselamatan dan kebersihan.

“Masa amik kursus pengendalian makanan, dah diberitahu, dawai kokot, lidi atau benda benda yang boleh menyebabkan masalah, memang tidak dibenarkan dalam pembungkusan makanan. Kalau buat laporan kepada pejabat kesihatan, mesti akan dikenakan tindakan.”

Dalam pada itu, netizen juga menyuarakan pandangan mereka bahawa kecuaian seperti ini boleh mendatangkan kecederaan serius yang mungkin boleh membawa maut, bahkan ada yang mahu tindakan tgeas dikenakan kepada peniaga.

Screenshot 2023 01 30 164331

“Ini kalau kena boleh maut ni masuk dalam perut.”

“Kasi report (buat laporan) jangan biarkan, kerana ini boleh menyebabkan penyakit kepada mereka yang termakan.”

Aduhaiii, kalau lah budak-budak yang makan tu!

Baca : Ngilu! Wanita Terkejut Kunyah Benda Keras, Rupanya Jumpa Skru Besi Dalam ‘Nugget’

Ft Nugget Besi Skru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.