in

“Amalan perbomohan Raja Bomoh bertentangan dengan hukum syarak” – Timbalan Mufti Negeri Perak

1Mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial satu ritual yang diadakan bagi menolak bala banjir diadakan di negeri Perak. Ramai dalam kalangan netizen yang keliru dengan ritual itu dan menganggapnya tidak selari dengan ajaran Islam.


Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak telah mewartakan fatwa pengharaman apa-apa sahaja upacara atau ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin. Fatwa itu telah diwartakan sejak tahun 2015.

Screenshot 2022 01 08 At 9.17.23 Am
Foto: timbalan mufti negeri perak, datuk zamri hashim

Timbalan Mufti Negeri Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, pengharaman itu dilakukan dibawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004. Memetik laporan Utusan Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada September 2014 telah memutuskan amalan perbomohan yang dilakukan individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh adalah bertentangan dengan hukum syarak.

Fatwa yang diwartakan menyebut sebarang upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh raja bomoh, Ibrahim Mat Zin ini menggunakan objek tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram” – Timbalan Mufti Negeri Perak

Tambah beliau lagi, umat Islam di negeri Perak yang mengingkari fatwa berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang negeri itu.

 

Baca: [VIDEO] Raja Bomoh Muncul Buat ‘Ritual’ Lagi, Kali Ini Bergabung Dengan ‘Puteri’ Nak Halau Banjir

Screenshot 2022 01 08 At 9.16.27 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.