in

Individu Terharu Bertemu Lelaki OKU, Merangkak Sambil Berzikir Join Solidariti Untuk Palestin

merangkak buat solidariti palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang muslim sejati, pasti tergerak di hati kita untuk menyertai himpunan solidariti buat rakyat Palestin yang diadakan di negara sendiri.

Malah kekangan seperti tidak boleh berjalan bukanlah penghalang buat seorang pemuda dari Indonesia ini untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap mereka yang tertindas di Palestin.


Artikel berkaitan: Isu Himpunan Solidariti Palestin Di Dataran Merdeka, Penganjur Tampil Mohon Maaf

Artikel berkaitan: “Mata masuk habuk” – Pelajar Sekolah Buat Lakonan Semula Peperangan Untuk Solidariti Palestin

“Beliau merangkak perlahan sambil berzikir”

Menerusi video yang tular di TikTok dengan 129K likes, ia memaparkan lelaki bernama Egi sedang merangkak dengan perlahan di samping orang lain yang sedang berhimpun dalam acara Aksi Bela Palestin yang diadakan di Monumen Nasional, Jakarta pada 5 November lalu.

Egi kemudian ditegur oleh perakam video, @sobat.kuliner yang mengajaknya untuk berkenalan.

@sobat.kuliner

OPEN PATUNGAN NOREK/LINK DI BIO ? Ditengah jutaan massa aksi, beliau merangkak perlahan sambil berdzikir. Banyak yang menawarkan air minum, ditolaknya dengan halus karena beliau sedang shaum (puasa). Langsung dikasih teguran sama Allah saat fisik sempurna ini terlalu malas beribadah. Saya share pengalaman hebat bertemu beliau untuk reminder kita semua, untuk saya khususnya. Jangan lupa mampir ke youtube kanal beliau “SAHABAT DAKWAH” #? #bantupedagangkecil #supportumkm #sobatkuliner #fyp

♬ Instrumen Sholawat Sedih (Piano Biola) – Yuda pratama

Menurut Egi, dia berasal dari Rangkasbitung dan merupakan seorang Youtuber bagi channel Sahabat Dakwah.

Menurut perakam video, sudah banyak kali dia menawarkan untuk mendukung lelaki tersebut bagi memudahkan pergerakan, namun Egi katanya tetap menolak dan lebih selesa merangkak.

Saya mahu menunjukkan kepada orang-orang yang normal, kita itu modal cuma ada tiga. 

“Pertama, lillah fillah mardhotillah (ibadah yang semata-mata mengharap reda Allah). Lillah kerana Allah, lillah di jalan Allah, mardhotillah akan menjemput reda Allah SWT. Kerana kita hakikatnya seperti itu. 

“Palestin itu menunggu kita. Palestine is calling you. Memanggil saya, memanggil kamu, memanggil kita semua untuk membaur dalam doa,” katanya penuh inspirasi.

Tambah pemilik video ini, Egi juga merangkak dalam keadaan berzikir dan dia menolak untuk minum kerana sedang berpuasa.

egi 2

Katanya lagi, pertemuannya dengan Egi seakan mendapat peringatan daripada Allah bahawa kita yang sempurna fizikal ini pun masih malas untuk beribadah kepada-Nya jika dibandingkan dengan pemuda tadi yang kekurangan dari segi fizikalnya.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang terharu melihat kegigihan Egi yang sanggup turun padang menunjukkan sokongannya terhadap Palestin walaupun dalam serba kekurangan.

Semoga urusan Pak Egi dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.