Tular sebuah video di laman X, menunjukkan gelagat beberapa individu yang berada dalam sebuah butik jenama mewah.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah individu itu memilih untuk membayar secara tunai bagi membeli sebuah beg tangan yang bernilai RM44,500.
Menerusi video yang dikongsikan, individu itu membeli sebuah beg berwarna biru yang bersaiz kecil dan berbentuk segi empat tepat.
Artikel berkaitan: “Harga Axia Rahmah!” – Founder Beli ‘Stroller’ Bayi Harga RM23K Undang Perbualan Netizen
Artikel berkaitan: “Nampak bundle”- Lelaki Tayang Outfit Yang Padat Dengan Aksesori Mewah Dikritik Netizen
Malah ditunjukkan juga gelagat jurujual butik mewah tersebut sedang sibuk menggunakan mesin pengiraan wang tunai sambil disaksikan wanita tersebut.
“Fourty four thousand five hundred for a small little LV Bag RM44,500,” tulisnya.
https://twitter.com/khairulazizi75/status/1715994595514048609
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mempersoalkan tujuan mereka yang lebih memilih menggunakan wang tunai berbanding membayar dalam bentuk pemindahan wang, kad debit atau kredit untuk membeli barangan berharga puluhan ribu ringgit itu.
Ada yang membuat andaian bahawa mereka yang memilih cara pembayaran tunai itu kerana mahu mengelak cukai.
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang berpendapat individu terbabit tidak mempunyai citarasa yang baik namun disangkal segelintir netizen yang berpandangan mungkin pemilik mahu membelinya sebagai satu pelaburan.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa video terbabit hanya sekadar content mereka.
Sumber: X
